Umrah Musim Sejuk: Panduan Lengkap untuk Ibadah Selesa
Nurul Atikah Sarji
2025-09-16
Melaksanakan umrah pada musim sejuk yang kebiasaannya pada November hingga Februari memberikan pengalaman berbeza berbanding musim panas. Suhu lebih sejuk, angin lebih nyaman dan suasana lebih selesa untuk beribadah.
Cuaca yang dingin juga memerlukan perancangan teliti, apatah lagi buat anda yang tidak biasa dengan cuaca seperti ini. Berikut merupakan panduan penting untuk membantu bakal jemaah yang akan berangkat menunaikan umrah pada musim sejuk nanti.
Fahami Keadaan Cuaca
Kebiasaanya cuaca malam di Makkah boleh mencecah 15 ke 18 darjah Celcius, manakala siang sekitar 22 ke 28 darjah Celcius. Di Madinah pula lebih sejuk, ada masanya boleh mencecah bawah 10 darjah Celcius pada waktu malam. Walaupun bukan tahap sejuk bersalji, perbezaan suhu siang dan malamnya agak ketara.
Pakaian Sesuai dan Berlapis
Bakal jemaah perlu membawa jaket ringan hingga sederhana tebal. Sediakan stoking tebal dan selimut nipis jika anda kurang tahan dengan cuaca sejuk. Bagi wanita, anda boleh memakai abaya kain tebal supaya lebih selesa, manakala lelaki boleh membawa kaih ihram tambahan untuk lapisan yang lebih. Untuk kasut pula, jemaah perlu memakai kasut bertutup, atau sandal tapak anti gelincir.
Baca juga: Tip Umrah Bulan Ramadan. Apa yang Perlu Anda Tahu?


Penjagaan Kulit
Dalam cuaca sejuk, kulit mudah menjadi kering dan tampak kusam. Jadi, pastikan anda membawa pelembap dan pelindung matahari yang sesuai dengan jenis kulit. Pilihlah tekstur yang ringan supaya mudah digunakan dan tidak mengganggu ketika mengambil wuduk. Selain itu, sentiasa sediakan lip balm untuk mencegah bibir kering dan merekah. Sapukan losen pemanas pada tangan, kaki atau bahagian tubuh lain agar kekal selesa dan hangat semasa berada di luar bilik penginapan.
Membawa Ubat-Ubatan
Jemaah perlu untuk membawa ubat-ubatan asas dari Malaysia. Walaupun terdapat klinik percuma di sana, kos ubat boleh menjadi agak tinggi. Sediakan ubat demam, selesema, batuk, sakit tekak, cirit-birit dan lain-lain yang diperlukan. Anda juga boleh membeli set ubat umrah siap sedia di klinik atau farmasi berhampiran.
Aktiviti Luar Masjid
Musim sejuk merupakan masa yang sangat sesuai untuk ziarah luar sekitar Makkah dan Madinah. Contohnya, ke Jabal Uhud, Masjid Quba atau ladang kurma kerana cuaca lebih selesa dan tidak terlalu panas. Selain itu, anda boleh menikmati cuaca malam di Masjid Nabawi dengan udara yang dingin.
Jadi sudah bersediakah anda untuk menjadi tetamu Allah pada musim sejuk? Insyaallah dengan perancangan yang rapi, anda dapat melaksanakan ibadah umrah pada musim sejuk dengan lebih tenang dan lancar. Semoga setiap langkah perjalanan dipermudahkan dan diberkati Allah.
Ingin umrah ketika musim sejuk bersama ikhlas.com? Klik pautan ini sekarang!
Related Articles
Packages






.png)






.png)


























