MISI BANTUAN KELAB GROUP TRANSFORMASI RUMINAN (GTR)
Melaka
Sila ke tab 'Updates' bagi laporan lengkap
TENTANG KELAB GROUP TRANSFORMASI RUMINAN (GTR)
Kelab Group Transformasi Ruminan (GTR) ditubuhkan sebagai platform komuniti usahawan ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan rusa yang bersama-sama melakukan transformasi demi memajukan industri ruminan negara. Sehingga kini, Kelab GTR mempunyai lebih 20,000 ahli di seluruh negara dan terus-meneruskan pelbagai aktiviti untuk memajukan industri ruminan Malaysia dengan kerjasama yang erat dengan agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan NGO.
BANTUAN UTK PENTERNAK RUMINAN TERENGGANU
GTR bersama IKHLASdotCom sedang mengumpulkan dana bagi misi membantu penternak ruminan yg terkesan akibat banjir melanda kawasan Hulu Terengganu pada masa ini.
Baru-baru ini bencana banjir telah berlaku di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia pada akhir Februari 2022. Banjir ini berlaku akibat dari hujan lebat berterusan selama beberapa hari sejak 25 Februari di kebanyakan negeri di Semenanjung, terutamanya di kawasan negeri Kelantan dan Terengganu sekali gus membawa kepada musibah banjir yang tidak terjangka. Susulan itu, beberapa ribu orang terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Oleh yang demikian, banyak ternakan yang mati dan terjejas akibat bencana alam yang tidak terjangka ini dan penternak juga menanggung kerugian yang besar.