Tentang Pusat Jagaan Titian OKU Nur
PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR merupakan sebuah pusat jagaan warga emas dan oku yang ditubuhkan pada tahun 2005. Diasaskan oleh PUAN NORMAH BT ADLAN atau lebih dikenali dengan nama NORMAH SAFAR dengan menggunakan dana peribadi pada awal penubuhan.
Sehingga kini pusat ini telah beroperasi selama 14 tahun dan pernah menjaga seramai lebih 70 orang penghuni warga tua dan orang kurang upaya (OKU) fizikal dan mental. Penghuni lelaki berusia dari umur 9 tahun sehingga 70 tahun manakala penghuni perempuan pula berumur dari umur 7 tahun sehingga 80 tahun. Sehingga ke hari ini telah berkurangan kerana faktor usia (meninggal), ada yang telah diserahkan kepada waris apabila penghuni itu telah bertambah baik dan mampu menjaga diri sendiri. Kini pusat jagaan ini menempatkan seramai lebih 86 orang warga tua dan orang kurang upaya (oku) yang kebanyakannya tiada pewaris dan tidak dituntut. Pusat jagaan ini beroperasi sepenuh masa (24 jam).
Selain itu,kos perbelanjaan harian dan rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan. Untuk makluman semua ini merupakan kali ke lima kami berpindah kerana kos sewaan yang tinggi.
Pihak kami amat memerlukan individu, organisasi mahupun syarikat – syarikat berdaftar yang bersimpati untuk tampil membantu PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR dalam memberikan keceriaan kepada para penghuni tidak kira dalam bentuk dana kewangan, bantuan makanan, kelengkapan peralatan mahupun tenaga.
Pihak kami amat berterima kasih atas keprihatinan yang disalurkan ke atas PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR sekaligus memberi keceriaan dan semangat kepada para penghuninya.
Butiran Organisasi
- Nama Penuh: PUSAT JAGAAN TITIAN OKU NUR
- No Pendaftaran: B/PJB OKU 002/2016
- Alamat: NO 78 JALAN SENTOSA, KAMPUNG MELAYU BATU 16, 48000 RAWANG SELANGOR
- Poskod: 48000
- Negeri: SELANGOR