Tentang Pertubuhan Kebajikan Muhammad Al Fateh
Pusat jagaan kanak-kanak yatim miskin Muhammad Al Fateh ditubuhkan pada Disember 2013 yang beralamat di nombor 17 Lorong 2 Taman Ramal Ros, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Setakat ini kami mempunyai 11 orang pelajar dan semuanya adalah pelajar lelaki dan pelajar-pelajar ini bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam Kajang.
Pusat ini mempunyai dua orang staf dan bergilir-gilir menjadi warden dan juga pemandu anak-anak ke sekolah. Di pusat ini kami juga menjadi tukang masak bagi menyediakan makanan untuk anak-anak yang tinggal di sini dan menjalankan aktiviti kelas agama. Buat masa ini pusat ini mempunyai tiga orang pengasas iaitu Encik Mohamad Zaidi, Encik Ahmad Kholilul Hameedy dan Puan Noor Mafuzah.
Butiran Organisasi
- Nama Penuh: PERTUBUHAN KEBAJIKAN MUHAMMAD AL FATEH
- No Pendaftaran: PPM-038-10-04102016
- Alamat: No.36, Jln KB8
kampung Bangi Tambahan Bangi Lama
43000 Kajang
SELANGOR
- Poskod: 43000
- Negeri: Selangor