TENTANG PERTUBUHAN DAR ASNAF AL FATEEH AL IDRISIAH
PERTUBUHAN DAR ASNAF AL-FATEEH AL-IDRISIAH merupakan sebuah
organisasi NGO yang bertanggungjawab, ditubuhkan dan dibentuk bagi mentadbir urus dan
menyelia RUMAH PENYAYANG ANAK YATIM DAN ASNAF ULU YAM SELANGOR yang
dibangunkan pada 26 April 2016 dengan menyewa 2 buah rumah kampung yang beralamat
di No.64A, Jalan Kampung Lekuk, Hulu Yam Lama, 44300 Batang Kali, Selangor. Organisasi ini
ditadbir selia sendiri oleh Presiden Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah Selangor
merangkap Mudir Rumah Penyayang Anak Yatim dan Asnaf Selangor. Ia merupakan sebuah rumah
kebajikan berkonsepkan madrasah tahfiz pertanian yang menempatkan secara percuma anak-anak yatim dan anak-anak golongan Asnaf dari umur 7 tahun sehingga 18 tahun.
TENTANG KEMPEN INI
Pada tanggal 7 Oktober 2021, Rumah Penyayang kami berlaku
kerosakan yang besar akibat hujan turun dengan lebat dan telah mengakibatkan bumbung asrama tercabut dan air hujan telah melimpah masuk mengakibatkan segala apa
yang ada dalam ruangan asrama habis musnah dan rosak termasuk tilam dan perkakas elektrik. Wabak Pandemik Covid-19 ini lebih menyukarkan kami untuk
menyara kehidupan dan kebajikan anak-anak ini kerana sumber kewangan Rumah
Penyayang anak-anak yatim dan Asnaf ini adalah bergantung sepenuhnya dari derma infaq dan
sumbangan wakaf orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Kami tiada sumber kewangan yang tetap untuk menyara kehidupan anak-anak di sini apatah lagi dengan keadaan fasiliti bangunan dan infrastruktur yang membimbangkan setiap kali berlakunya hujan lebat yang berpanjangan.
Justeru kami memohon keprihatinan orang ramai untuk membantu kami dalam menampung perbelanjaan untuk membaiki kerosakan bumbung dan bangunan asrama anak -anak ini. Semoga infaq kita ini menjadi saham di akhirat, membantu anak yatim yang memerlukan dan memberikan pendidikan agama.