Tentang Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Perempuan Seremban (MAWARKU)
Pusat Jagaan ini telah diasaskan pada Julai 2018 oleh sahabat-sahabat yang komited terhadap kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Perempuan Seremban, sebuah NGO yang berdaftar. Pusat ini menempatkan 15 orang pelajar terdiri dari anak yatim, anak dari keluarga miskin tegar dan juga anak dari keluarga yang bermasalah. Segala keperluan dan perbelanjaan harian dan persekolahan ditanggung sepenuhnya oleh pertubuhan ini.
Tentang Kempen Ini
Kempen ini menyasarkan sumbangan sebanyak RM5,000 sebulan untuk menampung keperluan asas dan belanja persekolahan bagi anak-anak di sini. Secara umumnya, perbelanjaan untuk pertubuhan ini meliputi keperluan berikut seperti barangan makanan, bil utiliti dan penyelenggaraan, barangan keperluan sekolah, pakaian, kos logistik bagi anak-anak berulang-alik ke sekolah dan juga gaji pekerja. Penghuni disini terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang berumur seawal 7 tahun hingga 17 tahun sahaja. Pertubuhan ini menanggung sepenuhnya perbelanjaan harian, keperluan asas makanan dan pendidikan mereka sehingga mereka tamat persekolahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudahan pembelajaran turut di sediakan melalui tuisyen, ceramah agama dan latihan pengurusan kendiri.
Bukan itu sahaja, mereka dilatih dengan disiplin yang tinggi dalam segala aspek kehidupan agar mereka mampu berdikari dalam kehidupan seharian kelak. Justeru, bagi meneruskan usaha murni ini, pertubuhan ini berhasrat untuk mengumpul dana daripada orang ramai agar usaha ini tidak terhenti di sini dan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan bantuan.
Butiran Organisasi
- Nama Penuh : Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Perempuan Seremban (MAWARKU)
- No Pendaftaran: PPM-024-05-19072018
- Alamat : Lot 616, Lorong Cenderawasih 4, Taman Paroi Jaya. 70400 Seremban, Negeri Sembilan