Tentang Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum
Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) adalah sebuah maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan pendidikan diniah dan akademik. Ditubuhkan pada tahun 2001, MATAQU bernaung dibawah unit pendidikan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum (YPQU) dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Lepasan maahad kami telah ramai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi samada awam, swasta dan juga tradisional didalam dan juga luar negara.
Tentang Kempen Ini
Maahad Tahfiz Al Quran dan Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum melaksanakan pelbagai misi kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti pelupusan Al Quran yang telah rosak, membantu keluarga asnaf dan susah, bantuan bencana alam dan lain-lain. Kini, Maahad Tahfiz ini sedang giat menjalankan kempen kemanusiaan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir. Dana yang diperolehi akan digunakan bagi tujuan membaik pulih segala kerosakan bagi memberi kelangsungan hidup bagi keluarga mangsa. Sumbangan anda akan membantu kelangsungan kehidupan golongan fakir , miskin selain melebar luaskan kerja-kerja dakwah kami.