Tentang Kelab Belia Prihatin
Kelab Belia Pihatin adalah sebuah kolektif anak muda di Lembah Klang yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan tujuan utama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang gembira. Bagi memastikan impak maksima dapat dikongsi bersama masyarakat, Kelab Belia Prihatin memberikan fokus gerak-kerja kepada 3 skop utama iaitu kebajikan masyarakat, khidmat negara dan kesejahteraan rohani.
Misi Malaysia Gembira 2021 adalah sebuah kempen kutipan dana awam yang berhasrat mengumpul dana sebanyak RM 200,000.00 bagi melaksanakan 3 program utama yang dapat membantu masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada belia negara.
Nama Penuh : KELAB BELIA PRIHATIN
Nombor Pendaftaran : PPBM:KT2740/14/21
Alamat Pendaftaran : Desa Pandan, Kuala Lumpur