Umrah DIY: Benarkah Tak Perlu Mutawif?
Nurul Atikah Sarji
2026-01-06
Umrah secara DIY (Do-It-Yourself) merujuk kepada pelaksanaan ibadah umrah tanpa bimbingan mutawif sepenuh masa. Kaedah ini kini menjadi ‘trend’ memandangkan kos lebih rendah, tanpa sebarang bayaran kepada agensi umrah ataupun mutawif kerana semua perkara seperti tempahan hotel dan tiket penerbangan dibuat sendiri oleh jemaah. Kini, dengan adanya kecanggihan teknologi memudahkan jemaah pada hari ini mengakses maklumat dan kaedah untuk melaksanakan ibadah umrah.

Kaedah ini boleh dipertimbangkan oleh jemaah yang berpengalaman, khususnya mereka yang telah beberapa kali menunaikan umrah, benar-benar menguasai rukun, wajib dan sunat umrah serta memahami dalil dan tertib ibadah dengan yakin.

Biarpun kos untuk umrah secara DIY lebih murah dan fleksibel, namun ini sangat tidak disarankan kepada jemaah yang belum pernah merasai pengalaman mengerajakan umrah.
Mengapa?

Walaupun umrah secara DIY kelihatan menarik dari sudut kos dan kebebasan, terdapat beberapa risiko besar khususnya kepada jemaah yang pertama kali menunaikan umrah:
- Risiko Kesilapan Rukun & Tertib Ibadah
Umrah mempunyai rukun yang wajib dipenuhi dengan tertib. Kesilapan seperti niat ihram yang tidak jelas, tawaf yang tak cukup pusingan, sa’i yang tidak sempurna serta tahallul yang tersilap boleh menyebabkan umrah tidak sah. Oleh itu, jemaah yang baru pertama kali melaksanakan umrah perlu mempunyai Mutawif yang berperanan untuk membetulkan dan memantau perkara ini secara langsung.
- Kurang Kefahaman Praktikal di Lapangan
Seperti yang diketahui, ibadah umrah merupakan ibadah yang mempunyai banyak ‘perbuatan’ yang perlu dilakukan. Ilmu teori sahaja tidak mencukupi. Situasi sebenar di Masjidil Haram kita tidak dapat jangka. Ada saatnya, jemaah terlalu ramai. Ada saatnya, beberapa pintu Masjid ditutup oleh askar. Jadi, ini sangat penting untuk Mutawif memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada jemaah agar ibadah umrah dapat dilaksanakan secara tertib.
- Tekanan Emosi & Fizikal
Perubahan cuaca, perjalanan jauh dari tanah air sudah tentu akan memberikan sedikit sebanyak tekanan emosi dan fizikal. Mutawif bukan sekadar membimbing ibadah, tetapi juga boleh menangkan jemaah ketika berhadapan dengan cabaran sepanjang berada di Tanah Suci.
Secara kesimpulan, umrah secara DIY tidak salah, tetapi ini sangat sesuai untuk jemaah berpengalaman yang benar-benar yakin dengan ilmu dan praktikal ibadah. Bagi jemaah kali pertama, bimbingan mutawif merupakan satu aspek yang perlu dipertimbangkan agar ibadah umrah pertama jemaah dilaksanakan dengan sah, tenang dan sempurna.
Khuatir pakej umrah mahal? Jangan risau, ikhlas.com menyediakan pakej umrah yang mesra poket yang disertakan dengan mutawif yang berpengalaman.
Related Articles
Packages


























.png)

.png)











