Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

6/24/2024

Setiap umat Islam sudah terdetik hati untuk melaksanakan ibadah Umrah. Menurut Ijma’ Ulama, umrah hanya perlu dilakukan sekali sahaja sepanjang hidup bagi yang berkemampuan (termasuk dengan ibadah haji). 

Pertama_Kali_Menunaikan_Umrah_Apa_Persiapan_yang_Perlu_Anda_Lakukan_(1).png

Jom kita pelajari panduan umrah lengkap. Apakah itu umrah? 

Umrah, yang diambil dari perkataan al-I’timar yang bermaksud ziarah atau juga dikenali sebagai haji kecil. Bagi tetamu Allah yang mengerjakan Umrah, adalah wajib untuk berniat ihram dari Miqat, mengerjakan tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari ihram dengan bercukur atau bergunting.  

Terdapat lima rukun umrah yang perlu anda ketahui yang wajib diikuti oleh setiap jemaah: 


Niat (ihram): Memasuki keadaan suci dengan niat untuk melaksanakan umrah dan mengenakan pakaian ihram.Bagi jemaah lelaki, anda perlu memakai dua lembar kain putih yang tidak berjahit manakala bagi jemaah wanita, anda bebas untuk memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan.

Tawaf: Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dalam arah berlawanan dengan arah jam. 

Lafaz niat tawaf: “Sahaja aku berniat tawaf Baitullah al-Haram tujuh keliling tawaf umrah kerana Allah Taala. 

Sa’ie: Berjalan atau berlari kecil sebanyak tujuh kali antara bukit Safa dan marwah. Syarat sah Sa’ie ialah dilakukan selepas tawaf, dengan tujuan hendaklah semata-mata untuk sa’ie. Anda perlu melakukan ibadah ini bermula dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah dan wajib untuk menyempurnakan sebanyak tujuh kali dari kaki bukit ke kaki bukit. 

Tahallul: Memotong atau mencukur sebahagian rambut sebahagian rambut sebagai tanda keluar dari keadaan ihram. 

Anda perlu memotong sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan lebih afdhal bagi lelaki untuk bercukur. Bagi yang tiada rambut di kepala, memadai untuk anda melalukan pisau di kulit kepala. Untuk jemaah wanita, ada boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari tiga helai. 

Tertib: Melaksanakan rukun-rukun Umrah mengikut urutan yang betul. 

Persediaan untuk melakukan umrah: 

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan umrah iaitu, anda perlu memotong kuku serta merapikan janggut, misau dan rambut. Anda juga boleh mencabut bulu ketiak, menggosok gigi serta membersihkan anggota badan. 

Sebelum melaksanakan umrah, anda juga digalakkan untuk mandi sunat ihram, mengambil wuduk, memakai pakaian ihram selepas mandi sunat ihram. Bagi solat sunat ihram, anda boleh melakukan ibadah ini di hotel atau di Miqat sebelum niat ihram. 

Selain itu, berikut merupakan senarai kelengkapan umrah yang perlu ada dalam checklist anda: 

  1. Kain ihram dan aksesori

  2. Telekung dan mini telekung

  3. Sejadah

  4. Botol spray wudhu’

  5. Pakaian yang menutup aurat

  6. Bag untuk menyimpan kasut

  7. Ubat-ubatan dan keperluan kesihatan

  8. Buku panduan umrah. Kini lebih mudah, anda juga boleh memuat naik aplikasi IKHLAS kerana terdapat panduan Umrah yang boleh diakses dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. 

BACA: Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Semoga panduan ini memberikan manfaat kepada anda semua. Selamat menunaikan ibadah umrah. 

Sudah berniat mahu tunaikan umrah dalam masa terdekat, dengan hanya deposit serendah RM20 anda mampu untuk teguhkan niat. Semak maklumat lanjut di sini!

450658017_1092635895835766_2322671008208389506_n.jpg