Panduan Lengkap Memakai Ihram untuk Haji dan Umrah

Nurul Atikah Sarji

2025-10-23

Apabila seseorang Muslim berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji atau umrah, langkah pertama yang wajib dilakukan ialah memasuki keadaan ihram. Ihram bukan sekadar pakaian putih yang dililit pada badan, tetapi ia merupakan suatu keadaan suci yang menandakan seseorang telah berniat untuk mengabdikan dirinya dalam ibadah haji atau umrah.

Template blog atikah  (13).jpg

Maksud ihram

Secara ringkasnya, ihram merupakan gabungan dua perkara:

  • Niat – iaitu azam di dalam hati untuk melaksanakan ibadah tertentu (sama ada haji atau umrah)
  • Larangan khusus – satu keadaan untuk seorang Muslim tidak boleh melakukan perkara-perkara tertentu sehingga ibadahnya selesai
     

    Template blog atikah  (14).jpg

Cara Berihram Bagi Lelaki

Bagi lelaki, pakaian ihram terdiri daripada dua helai kain putih tidak berjahit. Cara memakainya adalah seperti berikut:

Persediaan sebelum berniat

  • Disunatkan mandi dan membersihkan diri
  • Potong kuku, misai, serta buang rambut yang tidak diingini
  • Wangi-wangian boleh digunakan pada badan sebelum berniat ihram, tetapi tidak selepasnya

Memakai kain ihram

  • Izar: kain pertama dililit dari pinggang hingga menutup kaki
  • Rida’: kain kedua diletakkan di bahu untuk menutup bahagian atas badan. Semasa tawaf, bahu kanan dibiarkan terbuka (idhtiba’)

Kasut
Lelaki hanya boleh memakai sandal atau kasut yang tidak menutup buku lali dan jari kaki.


Niat
Apabila sampai ke Miqat, lafazkan niat sama ada untuk haji atau umrah:

“Labbayka Allahumma Hajjan” (jika haji)
“Labbayka Allahumma Umrah” (jika umrah)

Kemudian bacalah talbiyah: “Labbayka Allahumma labbayk, labbayka laa syarika laka labbayk…”

BACA: Pengalaman Umrah Tanpa Bimbingan Mutawif: Cara ke Miqat & Selesaikan Ibadah

Ihram Bagi Wanita

Ihram wanita sebenarnya lebih mudah berbanding lelaki. Mereka boleh memakai pakaian biasa yang menutup aurat, selesa dan longgar. Warna pakaian tidak dihadkan, namun putih dan hitam sering menjadi pilihan kerana sederhana dan praktikal.

Beberapa perkara penting: 

  • Wajah dan tapak tangan tidak boleh ditutup dengan niqab atau sarung tangan
  • Jika mahu menutup muka, gunakan kain atau tudung yang tidak menyentuh kulit secara langsung
  • Kasut atau sandal dibenarkan selagi menutup kaki hingga ke buku lali tidak menjadi isu besar

Larangan Semasa Dalam Ihram

Apabila telah berniat ihram, terdapat beberapa perkara yang dilarang untuk lelaki dan wanita: 

  • Menggunting rambut atau memotong kuku
  • Memakai wangi-wangian
  • Memburu atau membunuh haiwan darat
  • Hubungan suami isteri
  • Lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit atau menutup kepala
  • Wanita tidak boleh memakai niqab atau sarung tangan

Jika larangan ini dilanggar, maka denda (dam) perlu dilaksanakan mengikut jenis kesalahan.

Secara kesimpulan, ihram merupakan pintu masuk kepada ibadah haji dan umrah. Oleh itu, dengan memahami cara memakai ihram, larangan yang perlu dijaga serta hikmah di sebaliknya, seseorang jemaah dapat memulakan perjalanan rohani ini dengan penuh khusyuk. 

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda semua. Ingin umrah bersama ikhlas.com dengan harga yang rendah? Sila layari pautan ini sekarang!
 

Related Articles

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR9,690
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,790
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR8,290
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR4,250
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,590