Umrah bersama IKHLAS menawarkan pakej yang berpatutan, mudah dan selamat. Terokai pakej yang bersesuaian dengan bajet anda dan rancang perjalanan anda sekarang!
Jualan Laris
Kapsul Rindu Haramain
MYR
6,390
Jualan Laris
Duyuf Ar-Rahman yang teristimewa
MYR
6,990
Promosi
Sentuhan syurga bidadari dunia
MYR
8,190
Promosi
Menunaikan umrah dengan tenang
MYR
8,590
Promosi
Pakej termurah di Malaysia
MYR
5,790
Akan Datang
Enjoy the sweetness of worship
Syukur ke hadrat ilahi. Saya dapat mengerjakan umrah pertama saya dengan lancar dan teratur. Terima kasih Ikhlas.
Puan Balqis Najihah
Kuala Lumpur, Malaysia
Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan ibadah umrah dengan lancar dan tenang. Saya sangat berpuas hati dengan pakej umrah Ikhlas. Segala keperluan dan kemudahan yang disediakan sangat membantu jemaah khususnya seperti diri saya yang baru kali pertama ke Tanah Suci.
En Muhammad Bakri
Kuala Lumpur, Malaysia
Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan ibadah umrah bersama Ikhlas dengan harga yang berpatutan dan dapat berziarah ke lokasi yang begitu banyak. Perkhidmatan yang memuaskan hati jemaah.
Puan Mahfiah Mustapa
Kuala Lumpur, Malaysia
Perkhidmatan yang disediakan oleh Ikhlas amatlah teratur dan mutawwif yang bertugas sangat ramah dan mudah didekati. Alhamdulillah.
En. Kamil Azim
Kuala Lumpur, Malaysia
Untuk kemudahan dan keselesaan jemaah umrah, hotel-hotel dipilih dengan teliti untuk berada lebih dekat dengan Haramain.
Sekiranya berlaku kecemasan, dapatkan rawatan dengan mudah dan pantas.
Tebus mata ganjaran anda untuk melancong, membeli-belah, makan dan banyak lagi di airasia Super App
Manfaatkan umrah anda dengan bimbingan daripada Mutawwif yang berpengalaman.
Nikmati perjalanan Umrah yang lancar dan tanpa kebimbangan bersama kami.
Berikan maklumbalas anda dalam kaji selidik pakej Umrah IKHLAS di bawah untuk tambahbaik perkhidmatan kami!
Apakah jenis pakej umrah yang ditawarkan?
Apa yang ada dalam pakej Umrah saya?
Apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) Umrah semasa Covid-19?
Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa?
Jemaah umrah IKHLAS perlu menyediakan:
*Bukan warganegara Malaysia, sila rujuk pegawai IKHLAS untuk dokumen tambahan.
Apakah jenis vaksin yang diperlukan untuk umrah?
Adakah terdapat keperluan untuk insurans tambahan?
Mereka yang memohon visa pelancong akan ditawarkan insurans Covid-19 oleh kerajaan Arab Saudi, yang sah selama 1 bulan dari hari ketibaan. Sekiranya anda memerlukan perlindungan tambahan, anda digalakkan untuk mengambil insurans tambahan.
Bilakah kursus umrah akan diadakan?
Kursus akan diadakan sebulan sebelum tarikh berlepas dan semua jemaah akan sentiasa dikemas kini dari masa ke semasa.
Berapakah jumlah deposit dan bila saya perlu membuat pembayaran penuh?
Jumlah deposit adalah RM1,000/seorang dan ia tidak boleh dikembalikan. Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam masa kurang daripada 45 hari dari tarikh berlepas. Kegagalan untuk mematuhi keperluan ini boleh mengakibatkan pembatalan perjalanan.
Bolehkah seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mendaftar umrah?
Sekiranya individu tersebut mempunyai sebarang penyakit kronik atau sedang menjalani rawatan dialisis, sila maklumkan kepada IKHLAS.
Adakah Mutawwif (ketua kumpulan) turut serta dalam perjalanan?
IKHLAS akan menyediakan Mutawwif berpengalaman dari Malaysia untuk membimbing sepanjang perjalanan Umrah anda.
Apakah aplikasi mudah alih yang diperlukan semasa umrah?
Anda perlu memuat turun kedua-dua aplikasi Tawakkalna & Eatmarna dalam telefon pintar anda.
Tawakkalna: Untuk memantau kesihatan & pergerakan jemaah haji (sama seperti MySejahtera)
Eatmarna: Untuk memohon permit umrah, lawatan Raudah & solat di Masjidil Haram.
Bilakah saya boleh memohon slot Umrah dan lawatan Raudah?
Anda boleh membuat tempahan anda selepas aplikasi Eatmarna telah diaktifkan. Ketersediaan tertakluk kepada kekosongan.
Berapakah had umur untuk memasuki masjid?
Tiada had umur bagi pelancong yang mempunyai visa untuk solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Apakah penerbangan yang disediakan untuk pakej Umrah IKHLAS?
Ia akan menjadi penerbangan terus ke Jeddah atau Madinah dengan AirAsia, Malaysia Airlines atau Saudia Airlines.
Berapakah elaun bagasi untuk setiap tetamu?
Semua syarikat penerbangan menyediakan elaun bagasi percuma, tetapi terma dan syarat mungkin berbeza, bergantung pada syarikat penerbangan atau pihak berkuasa lapangan terbang. Semua orang akan dimaklumkan tentang syarat-syarat sebelum penerbangan mereka dan adalah menjadi tanggungjawab tetamu untuk membayar lebihan caj bagasi.
Malaysia Airlines : 30 Kg x 1 bagasi
Saudi Airlines : 23 Kg x 2 bagasi
Air Asia X : 20 Kg x 1 bagasi
Apakah makanan yang akan disediakan di Mekah dan Madinah?
Pakej Ekonomi
Pakej Premium
Pakej Eksklusif
Pakej Hawa
*Kami menyediakan makanan berbungkus (makan malam) semasa ketibaan dan hari terakhir (makan malam) dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Jeddah/Lapangan Terbang Madinah.
Apakah jenis pengangkutan yang digunakan untuk perjalanan dan lawatan semasa umrah?
Kami menyediakan bas berhawa dingin untuk semua jemaah IKHLAS di Mekah, Madinah dan Jeddah.
Adakah harga, tarikh dan program tertakluk kepada perubahan?
Tarikh dan harga tertakluk kepada perubahan tetapi anda akan dimaklumkan tentang perubahan tersebut terlebih dahulu. Jadual perjalanan adalah tetap, bagaimanapun, hari lawatan mungkin berubah dalam keadaan tertentu (cuaca, dan lain-lain).
Siapa yang boleh saya hubungi untuk pertanyaan lanjut?
Anda boleh melayari laman web rasmi kami, media sosial atau menghantar e-mel ke [email protected]
Hotline & Whatsapp : +60105486864