Langkah Awal Menuju Umrah: Apa yang Perlu Anda Lakukan?
Emir Hermono
2025-10-03
Setiap umat Islam pasti terdetik di hati untuk menunaikan ibadah umrah. Dengan selangkah yang anda ambil hari ini, anda kini semakin dekat untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Biarpun pihak ikhlas.com akan menghubungi anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dengan maklumat perjalanan terperinci, masa menunggu ini boleh dimanfaatkan untuk mempersiapkan diri daripada segi rohani, fizikal dan praktikal.

Umrah bukan sekadar sebuah perjalanan. Ia adalah ibadah yang memerlukan niat, persediaan dan kesabaran. Justeru, penting untuk anda mula menyiapkan hati, fikiran dan tubuh seawal mungkin agar segala urusan berjalan dengan lancar.
Mantapkan niat dan amalan rohani
Langkah pertama adalah perkukuhkan niat. Ambil masa untuk berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan, memohon kemaafan daripada keluarga dan rakan-rakan, serta menanamkan tekad untuk menjadikan umrah ini sebagai ibadah penuh keikhlasan. Mulakan juga dengan perbanyakkan amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir dan melatih bacaan doa-doa asas umrah seperti talbiyah, doa masuk masjid dan doa melihat Kaabah.
Sediakan dokumen dan keperluan perjalanan
Selain rohani, perkara praktikal juga penting. Pastikan pasport anda sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh perjalanan. Lengkapkan vaksinasi umrah dan simpan salinan dokumen penting seperti pasport, tiket penerbangan dan pengesahan tempahan dalam satu fail khas supaya mudah diakses kelak.
Dokumen khusus yang perlu disediakan:
Salinan pasport
Gambar pasport (latar putih)
ID biometrik visa Saudi (enrollment ID)
Dengan persiapan awal, anda dapat mengelakkan sebarang kerumitan pada saat akhir.
Barang penting untuk dibawa
Masa menunggu ini juga sesuai untuk menyusun kelengkapan umrah. Untuk lelaki, pastikan kain ihram sudah tersedia, manakala wanita boleh menyediakan telekung dan pakaian longgar yang sesuai. Jangan lupa membawa sandal atau kasut yang selesa dipakai ke masjid, sejadah, buku doa kecil atau aplikasi doa dalam telefon, ubat-ubatan peribadi, powerbank dan botol spray kecil untuk berwuduk.
Apa yang akan datang selepas ini
Dalam masa tujuh hari bekerja, pihak ikhlas.com akan menghubungi anda untuk memberikan maklumat lanjut mengenai pakej yang ditempah. Taklimat lebih terperinci, termasuk jadual perjalanan penuh sama ada bermula di Madinah atau Makkah, akan diberikan sekitar dua minggu sebelum tarikh penerbangan. Pastikan anda sentiasa memeriksa e-mel, WhatsApp rasmi dan notifikasi dalam aplikasi ikhlas.com supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting.
Gunakan aplikasi ikhlas.com
Sebagai sebahagian daripada persediaan, anda digalakkan untuk memuat turun aplikasi ikhlas.com. Melalui aplikasi ini, anda boleh mengakses panduan ringkas ibadah umrah, membaca artikel persediaan, menonton video dan menerima notifikasi sebelum berangkat. Dengan menggunakan aplikasi ikhlas.com juga, anda boleh mengakses tempahan, memuat naik dokumen yang diperlukan dan membuat pembayaran dengan lebih mudah.

Untuk jemaah kali pertama menunaikan umrah
Kepada anda yang pertama kali ingin menunaikan ibadah umrah, sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat tambahan:
Baca 5 Doa Ini Sebelum Berangkat Tunaikan Umrah
Hotline WhatsApp ikhlas.com
Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat dan membantu anda memanfaatkan tempoh menunggu dengan persiapan yang bermakna. Gunakan masa ini untuk memperkukuh niat, menenangkan jiwa, dan menyiapkan diri untuk ibadah yang penuh makna.
Baca juga: Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy
Related Articles
Packages





















.png)



.png)














