Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy

Ayu Nadirah

2025-09-06

Kisah perjalanan umrah ini berdasarkan naratif penulis sendiri yang mengikuti kumpulan jemaah umrah ikhlas.com pada September yang lalu. Umrah ini adalah umrah kedua buat diri saya. Umrah pertama saya adalah pada 2018 bersama keluarga. Setelah hampir enam tahun berlalu, saya dengan rasa penuh kerendahan hati pada 2024 sekali lagi menerima jemputan Allah sebagai tetamu di rumahNya yang sentiasa dirindukan.

HARI PERTAMA

Perjalanan dari KLIA 2 bermula pada 9 September, Isnin kira-kira jam tiga petang. Para jemaah ikhlas.com untuk pakej Super Economy menaiki pesawat AirAsia X. Saya berpeluang merasai flatbed seat buat pertama kali. Jadi boleh dikatakan, perjalanan selama sembilan jam ke Jeddah amat selesa. Kumpulan ini diketuai oleh mutawif ikhlas.com, Ustaz Hazim yang sentiasa mengingkatkan para jemaah untuk banyakkan berzikir dan berdoa sepanjang perjalanan ibadah ini.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy.png

Jeddah
Setibanya di miqat, Ustaz Hazim mengetuai bacaan niat ihram. Saya dan para jemaah wanita yang lain perlu membaca niat bersyarat, di mana lafaznya menyatakan jika terdapat halangan untuk kami menyelesaikan umrah akibat haid, maka kami dibolehkan bertahalul dan terlepas daripada ihram. Setelah niat, bermulalah episod semua jemaah wajib menjaga pantang larang semasa ihram. Sebak apabila mengenangkan kami semua bakal tiba ke destinasi tidak lama saja lagi.

Setelah tiba di lapangan terbang Jeddah, jemaah yang mahu membeli sim kad Saudi akan dibantu oleh pekerja di sana. Saya pula terbiasa dengan roaming, jadi saya telah membeli roaming 14 hari bernilai RM98 setibanya saya di KLIA 2. Seterusnya, kami menaiki bas untuk memasuki kota Makkah. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Kami bertalbiah menuju ke rumah Allah dengan seribu satu perasaan dalam hati.

Makkah
Kami tiba di hotel Elaf Bakkah menghampiri jam 12 pagi. Urusan check-in berjalan lancar dan seterusnya kira-kira jam satu pagi, kami bergerak menaiki shuttle bus di hadapan hotel untuk bergerak ke Masjidil Haram bagi menunaikan ibadah umrah wajib yang pertama. Perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram hanya mengambil masa lima minit. Mutawif sempat menunjukkan kami dan bercerita tentang tapak kelahiran Rasulullah SAW. 

Kemudian, kami yang siap berihram terus melangkah menuju ke dalam Masjidil Haram dan tiba di hadapan Kaabah. Buat yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, memang terlihat menitis air mata penuh syahdu tatkala melihat kebesaran Allah di hadapan mata. Buat yang pernah ke sini seperti diri saya sendiri, perasaan rindu terus terubat saat mata menatap Kaabah. Sebak bercampur kebahagiaan kerana sekali lagi dijemput Allah dalam keadaan diri yang masih dipenuhi dosa. 

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (15).png

Mutawif mengiringi bacaan doa melihat Kaabah dan terus membaca niat melakukan tawaf. Maka langkah tawaf kami bermula di kawasan lampu hijau ataupun sejajar dengan Hajarul Aswad yang berada pada satu penjuru Kaabah. Setiap pusingan tawaf telah diajar mutawif untuk mengucapkan kalimat tertentu yang khusus sebagai tanda kehambaan. Antara yang boleh diamalkan adalah seperti berikut.

Pusingan pertama: Istighfar
Pusingan kedua: Selawat
Pusingan ketiga: Tasbih (subhanallah)
Pusingan keempat: Tahmid (alhamdulillah)
Pusingan kelima: Takbir (allahuakbar)
Pusingan keenam: Tahlil (lailahaillah)
Pusingan ketujuh: Hawqalah

Tamat sahaja kesemua tujuh pusingan, kami terus melakukan solat sunat tawaf dan bergerak ke lokasi saie. Sama juga tujuh kali pusingan dari bukit Safa ke Marwah. Untuk saie pula, jemaah bebas untuk membaca apa sahaja doa yang dihajati. Jam menunjukkan waktu menghampiri solat Subuh dan kami juga selesai menunaikan ibadah saie dan terus bertahalul.

Setelah itu terlepaslah kami daripada pantang larang ihram dan menandakan tamat ibadah umrah. Syukur segalanya dipermudahkan Allah. Apabila berkumandangnya azan Subuh, kami solat berjemaah di Masjidil Haram, seterusnya keluar mencari sarapan pagi berdekatan hotel iaitu di Safwa Tower yang mempunyai kawasan food court dengan pelbagai jenis makanan tersedia.

HARI KEDUA

Rata-rata jemaah sememangnya penat pada hari pertama dan dibenarkan berehat dan melakukan aktiviti sendiri. Pada hari kedua ini, saya sendiri sempat berehat pada pagi hari. Kemudian meneroka apa yang ada di sekitar hotel Elaf Bakkah. Lokasinya strategik dengan kedai makan, kedai runcit, farmasi dan kedai barangan murah. 

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (2).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (3).png

Pakej Super Economy ini biarpun makan tidak tersedia bersama pakej, namun tidak susah pun kerana saya boleh hanya berjalan kaki untuk dapatkan makanan dengan harga berpatutan. Contohnya, hidangan nasi arab di sini didatangkan dengan portion yang besar. Biasanya saya akan beli satu portion berharga sekitar SAR 25 untuk dimakan pada waktu tengahari dan malam. Ataupun boleh sahaja makan shawarma mereka yang agak murah sekitar SAR 10. Berikut saya kongsikan beberapa kedai makan yang ada di sekitar hotel ini.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (5).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (6).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (7).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (9).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (10).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (11).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (8).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (12).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (13).png

HARI KETIGA

Hari seterusnya, jemaah dibawa ziarah luar sekitar kota Makkah dengan menaiki bas. Lokasi bersejarah yang sempat kami pergi adalah Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Masjid Namirah, Mina, Jabal Nur dan Gua Hira. Setiap tempat membawa seribu satu kisah penting dalam sejarah agama Islam yang disampaikan oleh mutawif buat iktibar para jemaah. 

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (16).png

Kemudian, bas membawa jemaah ke miqat Jaaranah untuk berniat umrah kedua dan terus ke Masjidil Haram. Perjalanan ibadah tawaf dan saie dilakukan seperti umrah pertama, cumanya kali ini kami melakukan umrah selepas solat Asar.

Jadi, cuaca yang panas terik membuahkan sedikit cabaran buat para jemaah sewaktu melakukan tawaf. Apatah lagi perlu bersesak-sesak dengan begitu ramai jemaah yang lain pada waktu itu. Namun, syukur jemaah ikhlas.com semuanya diberikan kesihatan dan kekuatan yang baik untuk menyelesaikan umrah kedua ini.

HARI KEEMPAT

Sudah empat hari berada di bumi penuh berkat ini. Biarpun penat setelah dua kali melakukan ibadah umrah, namun terasa lega saat diberi keyakinan sesungguhnya setiap kudrat yang dikeluarkan buat ibadah ini pasti dilihat Allah. Setiap doa yang dipanjatkan juga pasti diperkenankan Allah, berkat kasih sayangNya kepada setiap hamba.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (14).png

Hari keempat banyak saya habiskan masa untuk beriktikaf di masjid dan berjalan di kawasan sekitar Masjidil Haram. Saya sempat berjalan ke tingkat atas bagi melihat kemudahan buggy buat ibadah saie yang menggantikan skuter.

HARI KELIMA

Hari ini saya membuat keputusan untuk melaksanakan sekali lagi umrah, umrah yang ketiga dan terakhir untuk trip kali ini. Saya mahu melakukan ibadah umrah kali ini pada waktu tahajud pula. Jadi saya telah menempah kenderaan daripada aplikasi Bolt yang membawa saya ke miqat Masjid Aisyah untuk berniat ihram. Bayaran return trip dari hotel ke tempat miqat dan ke Masjidil Haram pula adalah sekitar SAR 50. 

Pemandu Bolt begitu baik sehinggakan menemani saya berjalan ke dalam Masjid Aisyah, menunggu saya di situ, seterusnya kembali ke kereta dan menghantar saya ke Masjidil Haram. Perjalanan pergi dan balik ini, termasuk singgah sebentar di Masjid Aisyah untuk solat sunat dan berniat ihram mengambil masa sekitar satu jam sahaja.

Pengalaman Umrah Tanpa Bimbingan Mutawif Cara ke Miqat & Selesaikan Ibadah (5).png

Ramai juga jemaah yang berpusu-pusu masuk ke kawasan mataf untuk melaksanakan tawaf. Menurut pengalaman saya, apabila dapat melakukan tawaf dan saie berseorangan tanpa mengikuti kumpulan jemaah, saya dapat merasakan perasaan yang berbeza. Barangkali terasa lebih fokus pada diri sendiri dan ibadah yang dilakukan. 

Suasana awal pagi sekitar jam dua pagi juga memainkan peranan dalam memberikan pelukan dingin yang begitu syahdu. Setiap perkataan dalam doa dilantunkan dengan penuh kerendahan diri. Saya benar-benar memohon keampunan daripada Allah, berdoa secara spesifik buat diri, keluarga dan orang tersayang.

Baca juga: Pengalaman Umrah Tanpa Bimbingan Mutawif: Cara ke Miqat & Selesaikan Ibadah

Namun, ada pengalaman yang tidak boleh saya lupakan iaitu ketika saie, seorang jemaah lelaki tua tumbang di hadapan saya. Dia kemudian dikelilingi ahli keluarganya dan dengan pantas petugas di Masjidil Haram melakukan pertolongan cemas buatnya dan terus dibawa menaiki buggy. Saya melihat jemaah tidak sedarkan diri. Namun saya tidak tahu apa kesudahan buatnya. Ibadah umrah ketiga saya tamat menghampiri waktu Subuh.

Hari yang sama, jemaah ikhlas.com berpeluang untuk bersedekah dan melakukan sabeel. Sabeel adalah perbuatan memberi orang makan di jalanan. Sempat juga saya dan jemaah lain membuat agihan makanan daripada duit sedekah yang dikumpulkan sesama jemaah, sekali gus meraih pahala bersedekah di hari Jumaat yang mulia.

Sabeel.png

HARI KEENAM

Hari terakhir di bumi Makkah. Para jemaah diminta untuk melakukan tawaf wada atau tawaf selamat tinggal sebelum berangkat keluar dari Makkah menuju ke Madinah. Saya bersama jemaah wanita melakukan tawaf wada selepas selesai solat Subuh di masjid. Tawaf wada dilakukan seperti biasa dengan tujuh kali pusingan. 

Selepas tawaf wada, kami tidak boleh melakukan perkara seperti bergambar dan membeli-belah. Jemaah perlu segera beredar keluar dari Masjidil Haram dan terus menuju ke hotel. Dibolehkan tidur sebentar sementara menunggu bas dan juga membeli makanan di sekitar hotel sahaja. Bas ke Madinah tiba selepas waktu Zuhur.

Maka kami dengan perasaan yang cukup berat hati meninggalkan bumi Makkah dan segala memori umrah yang indah. Sekarang kami bermusafir pula menuju ke tempat adanya kekasih Allah, kekasih kami yang amat dirindui iaitu Nabi Muhammad SAW. Perjalanan yang memakan masa kira-kira lima jam ini saya habiskan dengan bacaan selawat kepada Nabi SAW. Kami tiba di hotel Kayan Almadinah pada malam hari.

HARI KETUJUH

Hari baru, saya bangun di bumi Madinah. Madinah tempatnya lebih tenang, berbanding Makkah yang dipenuhi dengan jemaah yang sibuk untuk menunaikan kewajipan umrah. Usai solat Subuh dan sarapan pagi, jemaah dibawa menziarahi Masjid Nabawi. Mutawif juga sempat memberi penerangan tentang kawasan Raudah sebagai persediaan buat jemaah yang akan masuk ke Raudah malam nanti untuk slot tasreh, khusus untuk jemaah yang menggunakan visa umrah.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (16).png

Hari ini juga membuahkan satu pengalaman baru dan agak menyedihkan buat saya, kerana pada waktu tengahari Allah berikan saya ujian dengan datangnya haid. Tentunya saya berasa agak sedih pada awalnya kerana saya sangat merindukan Rasulullah SAW dan ingin habiskan masa berdoa di dalam Raudah. Tetapi, Allah lebih berhak ke atas diri saya dan saya reda dengan ketentuanNya. Haid tidak menghalang saya daripada terus berselawat, berzikir dan berdoa sepanjang berada di bumi kecintaan Nabi SAW ini.

Hari ini merupakan Maulidur Rasul di bumi Madinah. Suasana tenang dengan angin lembut menyapa para jemaah. Ya Rasulullah, kami datang dari bumi yang jauh semata-mata ingin bertemu denganmu, berada dekat di sampingmu. Saksikanlah kedatangan kami ini, Ya Rasulullah. Berikanlah syafaatmu buat kami.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (14).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (15).png

HARI KELAPAN

Jemaah sekali lagi dibawa menziarahi Masjid Nabawi dan kawasan sekitar dengan lebih dekat hari ini. Selepas itu, kebanyakan jemaah menghabiskan banyak masa di masjid untuk solat jemaah dan beriktikaf. Ada kesempatan di mana saya dan jemaah wanita yang lain curi masa untuk ‘melontar’ bak kata orang di sini ataupun shopping. Banyak juga saya borong kurma, coklat, sejadah dan ole-ole untuk dibawa pulang. Harga juga berpatutan apatah lagi kalau bijak tawar-menawar.

Pasaraya Bin Dawood paling menarik perhatian kerana mempunyai pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menarik. Antara yang paling menarik perhatian adalah barisan susu dan jus buah-buahan yang ada.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (17).png

Selain itu, setelah beberapa hari di Madinah, menurut pemerhatian saya, mudah sahaja untuk dapatkan makanan sekitar hotel penginapan kami iaitu Kayan Almadinah. Keluar dari lobi, mata akan dijamu dengan barisan kedai makan yang menjual hidangan seperti nasi arab, nasi pakistan, shawarma dan banyak lagi.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy.pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (2).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (3).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (4).png

HARI KESEMBILAN

Hari ini adalah hari ziarah luar sekitar kota Madinah. Jemaah menaiki bas dan dibawa ke beberapa tempat iaitu Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Makam Syuhada, Masjid 7 dan Kebun Kurma. Banyak peristiwa bersejarah dalam kalendar Islam yang diterangkan Ustaz Hazim yang menyentuh hati kami.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (5).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (6).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (8).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (7).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (9).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (10).png

Setelah separuh hari berjalan di sekitar kota Madinah, jemaah pulang dan perlu bersiap-sedia untuk masuk ke Raudah buat kali kedua. Slot kali ini ditempah melalui aplikasi Nusuk. Sekali lagi, malam ini selepas solat Isyak, saya berkesempatan menemani jemaah wanita untuk ke pintu khusus untuk memasuki Raudah. Kemudian, saya yang masih dalam keadaan uzur ini habiskan masa di dataran masjid. 

Sempatlah saya berzikir, berselawat dan berdoa segala hajat yang diinginkan. Biarpun datang haid, jangan pernah merasa jauh daripada kasih sayang Allah. Banyak lagi ibadah lain selain solat yang boleh dilakukan.

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (11).pngItinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (12).png

HARI KESEPULUH

Semakin menghampiri hari-hari akhir di bumi Madinah tercinta, hati terasa berat untuk meninggalkannya. Hari ini, saya habiskan masa untuk berjalan sekitar Masjid Nabawi dan meneroka apa yang ada di sekitar kawasan berdekatan. 

Saya tertarik untuk pergi ke Madinah Street Food di gate 333. Kawasan ini menjadi tumpuan ramai dek keindahan binaan kedai makan yang berderet. Pelbagai jenis makanan ada di sini yang antaranya adalah makanan Malaysia, Indonesia dan Turkiye. Aiskrim kurma ajwa dan aiskrim ros juga mencuri tumpuan yang dijual dengan harga SAR 10. 

Itinerari Lengkap 12H10M Umrah Super Economy (13).pngGate 333.png

HARI KESEBELAS

Hari ini menandakan hari terakhir kami berada di Madinah. Sebelum keluar meninggalkan Rasulullah SAW, jemaah perlu melakukan ziarah wada ke makam Rasulullah SAW. Selepas solat Asar, saya dan jemaah wanita melangkah untuk berada di hadapan kawasan kubah hijau Masjid Nabawi yang menjadi penanda keberadaan makam Nabi SAW. 

“Assalamualaika, Ya Rasulullah” kami ucapkan, diikuti dengan bacaan doa khusus dengan harapan semoga pertemuan ini bukanlah yang terakhir. Jemaah lelaki pula memasuki pintu satu Babussalam untuk melakukan ziarah wada kepada Baginda SAW.

Setelah itu, kami dibenarkan untuk melakukan aktiviti sendiri dan perlu mengemas dan bersiap untuk bergerak ke Hajj Terminal Jeddah pada jam 11 malam nanti. Penerbangan pulang kami ke tanah air adalah pada jam 10 pagi waktu tempatan.

HARI KEDUA BELAS

Setelah menempuh sembilan jam perjalanan di atas awan, tibalah saya dan jemaah ikhlas.com di KLIA 2. Kemudian kami diberikan air zamzam 5kg setiap seorang, sebelum semua bergerak pulang ke rumah masing-masing. 

Tamatlah sudah perjalanan umrah selama 12 hari 10 malam yang membuahkan seribu satu kisah bahagia saat diri berasa dekat dengan Sang Pencipta. Semoga rasa dah semangat beribadah ini tidak akan pernah padam, biarpun kami kini berada beribu kilometer jauh dari tanah suci. 

*Artikel ini diterbitkan pada hujung tahun 2024. Update terkini: bermula pertengahan tahun 2025, pakej ikhlas.com Umrah Super Economy telah secara rasminya full board iaitu berserta makanan sebanyak tiga kali sehari. Alhamdulillah, ini menjadi pakej paling diminati para jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah dengan harga serendah RM4,990!

Related Articles

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR9,690
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,790
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR8,290
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR4,250
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,590