Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

2024-03-11

Kota Taif merupakan tanah Arab yang subur yang memaparkan suasana kota lama, tempat yang penuh dengan budaya tempatan yang kaya dan tanda tempat ikonik seperti Istana Shubra.

1. Ada Apa Dengan Kota Taif 

Bagi yang tidak mengetahui, Kota Taif telah menyimpan bukti dakwah Nabi Muhammad SAW kerana kaya dengan nilai sejarah berkaitan dengan usaha Nabi Muhammad dan sahabat Baginda menyebarkan agama Islam.

Antaranya:

Berlakunya Peristiwa Israk Mikraj

Taif memiliki hubungan dengan peristiwa penting dalam kehidupan Nabi Muhammad. Baginda telah berhijrah ke Taif pada bulan Syawal tiga tahun sebelum Hijrah setelah berlakunya kematian Abu Talib dan Siti Khadijah, penentangan orang kafir Quraisy terhadap dakwahnya yang menyebabkan Baginda berduka dan kesedihan melampau. 

Kemudian, peristiwa Israk Mikraj berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum Hijrah bagi mengubat duka lara yang dihadapi Baginda dengan merasai perjalanan istimewa. 

2. Tempat Nabi Muhammad Melakukan Dakwah

Kemudian, Taif telah menjadi menjadi lokasi Baginda melakukan dakwah setelah menerima tentangan hebat dari penduduk Mekah. Namun, perkara sama juga berlaku. Dakwahnya tidak berjaya dan hanya segelintir orang yang memeluk agama Islam. 

3. Menjadi Tempat Perlindungan dan Persinggahan

Beberapa tokoh di Taif memberikan perlindungan kepada Nabi Muhammad setelah beliau diusir dari Mekah dan dikejar-kejar. Meskipun kebanyakkan penduduk Taif tidak menerima dakwahnya, beberapa individu telah memberikan perlindungan dan bantuan kepadanya.

4. Mempunyai Hubungan dengan Abdullah bin Abbas

Masjid_Abdullah_Abas.jpg

Perkara penting yang wajar anda ketahui ialah Abdullah bin Abbas merupakan sepupu Nabi Muhammad SAW dan seorang sahabat. Beliau memiliki hubungan erat dengan Taif kerana menghabiskan hayatnya untuk menyampaikan ilmu agama dan seruan dakwah Islam di sana. Bersempena dengan itu, pada tahun 592 Hijrah, Masjid Abdullah bin Abbas telah dibina. 

5. Orang-orang dari Suku Tsaqif Memeluk Agama Islam Setelah Fathu Makkah

Kebanyakkan tentera Hawazin dan Thaqif bersama pemimpin mereka iaitu Malik bin Auf al-Nasri (terlibat di Perang Hunain) terpaksa mencari tempat perlindungan dengan membina kubu pertahanan di kawasan Kota Taif setelah dikejar oleh kaum Muslimin. 

Kaum Muslimin berperang dengan mereka dan Rasulullah SAW membuat keputusan untuk mengubah taktik penyerangan dengan menyekat seluruh kawasan di wilayah Taif. Baginda juga mengugut untuk membakar dan memusnahkan pokok anggur. Penduduk Taif akhirnya menyatakan keinginannya untuk bergabung dengan pasukan Islam dan mengikut syarat-syarat yang dikenakan. Sejak itu, mereka melaksanakan ajaran Islam dengan ikhlas dan sukarela. 

Kota Taif Sekarang 

Kini, Kota Taif telah menjadi tempat dilawati oleh sebahagian besar jemaah umrah dan haji! Hanya mengambil sekitar satu jam setengah dengan menggunakan bas dari Mekah, tidak menjadi masalah kerana peluang sebegini tidak patut dilepaskan!

Berikut adalah beberapa keistimewaan kota Taif:

1. Keindahan Alam

Taif.jpg

Taif terletak di pergunungan Hijaz dan dikelilingi oleh pemandangan alam yang menakjubkan, seperti pergunungan, lembah, dan kebun buah-buahan. Ia terletak kira-kira 100km dari Mekah dengan ketinggian 2000 meter dari aras laut yang membuatkan cuacanya sentiasa sejuk. Paling seronok untuk dilawati ialah Gunung Al Hada.

2. Taman-taman dan Kebun Bunga

Taman_Rose.webp

Dengan tanah yang subur di Taif, maka wujudnya taman-taman indah di sini! Anda boleh melawat Bandar Bunga Mawar ini kerana mereka akan memproses bunga-bunga mawar menjadi bedak, losen dan haruman. Kilang tersebut turut menyediakan aiskrim mawar yang patut anda cuba!

3. Tempat Bersejarah

Istana_Shubra.jpg

Taif merupakan saksi kepada peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Terdapat beberapa tempat menarik seperti Masjid Abdullah bin Abbas, kebun Addas, Masjid Kuk atau Masjid Siku, al-Qantarah dan al-Madhun, rumah Abdullah bin Abbas, Muzium As-Shariff, Istana Shubra dan Masjid Qarnul Manazil. Anda boleh lawati lokasi ini jika berpeluang sampai ke tanah Arab ini. 

4. Buah-Buahan

Taif ialah negara Arab yang mempunyai tanah yang subur. Sebab itulah, mereka mampu mengeluarkan buah-buahan yang subur seperti anggur, delima, bunga mawar, madu dan buah-buahan yang lain. 

5. Taman Tema

Menariknya, kini Taif mempunyai taman tema di kawasan perkampungan Al Kar! Di sini, ada taman tema air, pemanduan kereta kembara Tobogga dan kereta kabel Al Hada yang anda boleh naiki kerana dapat menikmati pemandangan indah kota Taif secara keseluruhan. 

Diharapkan dengan perkongsian mengenai Kota Taif ini dapat memberikan inspirasi dan pemahaman luas mengenai lembah subur yang penuh dengan sejarah! Semak pakej umrah mampu milik di ikhlas.com Umrah

IKHxUmrah_TAkbar_UAS-1446h-2_Option01.jpg

Related Articles

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Packages

Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,290
Exclusive
Card content

Umrah Exclusive Ustazah Asma' Harun

Special Program "Riyyadh Assolihin"

From MYR5,990
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850