Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa
Nurul Atikah Sarji
5/9/2024
Jabal Rahmah merupakan salah satu lokasi ziarah yang wajib dikunjungi ketiga mengerjakan umrah. Bukan sahaja menjadi tempat bersejarah dalam sejarah Islam iaitu tempat bertemunya Nabi Adam AS dan Hawa selepas diturunkan ke bumi. Berlokasi di Arafah, tempat ini kemudiannya dikenali sebagai bukti cinta atau bukit kasih sayang. Nabi Adam AS dan isteri baginda, Siti Hawa dipertemukan di sini sebaik mereka dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke muka bumi.
Selami Sejarah Jabal Rahmah
Jabal Rahmah, merupakan kawasan bebatuan yang tingginya lebih kurang 70 meter. Pegunungan Jabal Rahmah sebenarnya bermula daripada As-Sa’ad menuju pertengahan tanah wukuf di Arafah dengan ketinggian 339 meter di atas permukaan laut.
Di tengah-tengah Jabal Rahmah, terdapat tugu monumen segi empat berwarna putih yang lebarnya 1.8 meter dan tingginya 8 meter. Monumen ini merupakan satu monumen yang tidak pernah sepi dari kunjungan jemaah haji mahupun Umrah di seluruh dunia.
Selain daripada tempat bertemunya Nabi Adam AS dan Hawa, Jabal Rahmah juga sebenarnya merupakan tempat turunnya wahyu terakhir Rasulullah SAW. Selain itu, Jabal Rahmah menjadi lokasi khutbah oleh Rasulullah SAW yang dalam khutbah tersebut menjelaskan bahawa Islam sudah sempurna. Rasulullah juga menjelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber utama menjadi pedoman bagi umat Islam dalam menyelesaikan masalah hingga akhir zaman.
Selain itu, Rasulullah SAW mendapat wahyu yang sangat ‘menyedihkan hati’ sahabat baginda, terutamanya Saidina Abu Bakar dan Umar al-Khattab kerana mereka memahami bahawa wahyu ini merupakan satu tanda Rasulullah akan menemui Allah SWT. Wahyu terakhir adalah Surah Al-Maidah Ayat 3 ketika baginda melakukan Haji Wada’ di Arafah.
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagimu agamamu dan telah aku lengkapi kurnia nikmat-Ku atasmu serta Aku redhai Islam itu menjadi agamamu.” – Surah Al-Maidah, ayat 3
Sekitar tiga bulan setelahnya, Rasulullah SAW jatuh sakit dan tiga hari kemudian baginda wafat pada tanggal 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah di usia 63 tahun.
Menggapai keberkatan dalam setiap langkah, umrah yang tak terlupakan bersama ikhlas.com Umrah!