6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

2024-09-20

pintu_mekah.jpg

Tentang Adab

Adab adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan, selain daripada memelihara sempadan kebenaran dan kebatilan. Sekalipun tindak tanduk seseorang itu benar, jika tidak dihiasi adab ianya tetap boleh membawa kepada keburukan. Sekalian tamadun sepanjang zaman dari segenap dunia memandang penting tentang adab.

Setiap tamadun atau individu, memiliki cara tersendiri dalam menunjukkan adab. Namun tujuan atau sebab untuk beradab itu mungkin sahaja sama. Oleh itu terlebih utama untuk difahami mengapa perlu kepada adab daripada difahami bagaimana beradab. Dari situ barulah dapat diaturkan garis panduan adab buat setiap satu perkara.

Tentang Kota Mekah

Maka dalam mengaturkan adab dalam menziarahi Kota Mekah, perlulah dahulu diketahui keutamaan tempat tersebut. Bagi seorang Muslim, kota tersebut sangatlah penting dan dianggap suci dengan wujudnya Kaabah dan Masjidil Haram. Selain itu, kota tersebut juga merupakan kota di mana Rasulullah SAW dilahirkan, membesar dan menerima wahyu yang pertama. Dari situlah cahaya Islam mula terpancar menerangi sekalian alam.

Sejarah telah merakamkan usaha serta pengorbanan yang ditaburkan, oleh generasi Muslimin terawal dalam menyebarkan dakwah dan mempertahankan tauhid. Sewaktu golongan Muslimin masih menetap di Kota Mekah, saban hari mereka dihadapkan dengan pelbagai tentangan oleh pihak musuh Islam.

Akan tetapi, dalam kegelapan akan ada cahaya yang menerangi. Di belenggu Jahiliyyah Mekah, munculnya tokok-tokok awal dalam Islam. Sepertinya kisah sedih keluarga Yasir RA yang terkorban, sehingga kepada kisah pengislaman Sayyidina Umar bin Al-Khattab. Tidak dilupakan juga sejarah yang lebih lama, seperti kedatangan Nabi Ibrahim AS bersama isteri baginda Siti Hajar dan anak mereka Nabi Ismail AS. Juga kisah Nabi Adam AS dan Siti Hawa bertemu kembali di Kota Mekah.

Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 6 adab yang harus dilakukan oleh orang-orang yang hendak memasuki kota Mekah. Berikut perinciannya:

1. Mandi Ketika Sampai di Dzi Thuwa

Adab pertama adalah mandi sunah ketika sudah sampai pada Dzi Thuwa. Dzi thuwa sendiri merupakan sebuah lembah yang ada di sebelah utara Masjidil Haram. Mandi di tempat ini dianjurkan bagi orang yang hendak memasuki kota Mekah, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dalam riwayat Muslim dari Ibnu Umar disebutkan:

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ لاَ يَقْدَمُ مَكَّةَ إِلاَّ بَاتَ بِذِى طُوًى حَتَّى يُصْبِحَ وَيَغْتَسِلَ ثُمَّ يَدْخُلُ مَكَّةَ نَهَارًا وَيَذْكُرُ عَنِ النَّبِىِّ نَّهُ فَعَلَهُ

Maksudnya: “Sungguh Ibnu Umar tidak memasuki kota Mekah kecuali bermalam di Dzi Thuwa sampai pagi, kemudian ia mandi, lalu masuk kota Mekah pada siang hari. Ia berkata bahawa Nabi SAW juga melakukan seperti itu.” (HR Muslim dalam Sunan al-Baihaqi)

2. Berdoa Ketika Masuk Kota Mekah

Adab kedua adalah dengan berdoa kepada Allah SWT:

اَللهم هَذَا حَرَمُكَ وَأَمْنُكَ فَحَرِّمْ لَحْمِيْ وَدَمِيْ وَشَعْرِيْ وَبَشَرِيْ عَلىَ النَّارِ وَآمِّنِّيْ مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ وَاجْعَلْنِيْ مِنْ أَوْلِيَائِكَ وَأَهْلِ طَاعَتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, ini adalah tanah suci-Mu dan keamanan-Mu, maka haramkanlah dagingku, darahku, rambutku, dan kulitku daripada neraka. Selamatkanlah diriku dari seksaan-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-hamba-Mu. Jadikanlah aku termasuk kekasih-Mu dan orang yang taat kepada-Mu.”

3. Masuk dari Arah Dataran Tinggi

Adab ketiga yang sunah untuk dilakukan adalah masuk dari sisi Abtah atau Batha’ (janibul abtah), tepatnya dari dataran tinggi atau Tsaniyah Kada. Sedangkan ketika pulang adalah melalui dataran rendah. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika memasuki Mekah. Dalam riwayatnya disebutkan:

  كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا دَخَلَ مَكَّةَ دَخَلَ مِنْ الثَّنِيَّةِ الْعُلْيَا الَّتِي بِالْبطْحَاءِ  

Maksudnya: “Rasulullah ketika masuk Makkah, dia masuk dari dataran tinggi yang ada di Batha’.” (Muttafaq Alaih)


4. Berdoa Ketika Melihat Baitullah

Adab keempat adalah sudah tiba di Mekah dan sampai pada Ra’s ar-Radm, atau dataran tinggi di mana seseorang akan melihat Baitullah. Maka dianjurkan baginya untuk berhenti dan membaca doa sebagai berikut:

  لَا إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اَللهم أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَدَارُكَ دَارُ السَّلاَمِ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ اَللهم إِنَّ هَذَا بَيْتُكَ عَظَّمْتَهُ وَكَرَّمْتَهُ وَشَرَّفْتَهُ اَللهم فَزِدْهُ تَعْظِيْمًا وَزِدْهُ تَشْرِيْفًا وَتَكْرِيْمًا وَزِدْهُ مَهَابَةً وَزِدْ مَنْ حَجَّهُ بِرًّا وَكَرَامَةً اَللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ وَأَدْخِلْنِيْ جَنَّتَكَ وَأَعِذْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ  

Maksudnya: “Tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar. Ya Allah, Engkau adalah Zat Yang Maha memberi keselamatan, dari-Mu lah datangnya keselamatan, dan rumah-Mu adalah rumah kedamaian. Maha Suci Engkau Zat pemilik keagungan dan kemuliaan. Ya Allah ini adalah rumah-Mu, Engkau mengagungkannya, Engkau memuliakannya, dan Engkau meluhurkannya. Ya Allah, tambahkanlah oleh-Mu keagungan, kemuliaan dan keluhurannya. Ya Allah, bukakanlah kepadaku pintu-pintu rahmat-Mu, masukanlah aku pada syurga-Mu, dan lindungilah aku daripada syaitan yang terkutuk.”

5. Masuk Masjidil Haram Melalui Pintu Bani Syaibah

Adab yang kelima adalah orang yang hendak memasuki Masjidil Haram hendaknya masuk melalui pintu Bani Syaibah. Kemudian membaca doa berikut:

  بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَمِنَ اللهِ وَاِلَى اللهِ وَفِي سَبِيْلِ اللهِ وَعَلىَ مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah, dengan Allah, dari Allah, kepada Allah, di jalan Allah dan atas agama Rasulullah SAW.” 

Kemudian ketika sudah dekat dengan Baitullah, maka dianjurkan membaca doa berikut:

اَلْحَمْدُ لِلهِ وَسَلاَمٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِيْنَ اصْطَفَى، اَللهم صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَعَلَى إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَعَلَى جَمِيْعِ أَنْبِيَائِكَ وَرُسُلِكَ  

Maksudnya: “Segala puji hanya milik Allah dan semoga keselamatan tercurahkan kepada hamba-hamba-Nya yang Dia pilih. Ya Allah anugerahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, dan kepada Nabi Ibrahim kekasih-Mu, serta kepada semua para Nabi dan Rasul.”

Selanjutnya mengangkat kedua tangan seraya berdoa sebagai berikut:

اَللهم إِنِّي أَسْأَلُكَ فِي مَقَامِي هَذَا فِي أَوَّلِ مَنَاسِكِيْ أَنْ تَتَقَبَّلَ تَوْبَتِيْ وَأَنْ تَتَجَاوَزَ عَنْ خَطِيْئَتِيْ وَتَضَعَ عَنِّيْ وَزْرِيْ، اَلْحَمْدُ لِلهِ الَّذِي بَلَّغَنِيْ بَيْتَهُ الْحَرَامَ الَّذِي جَعَلَهُ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَجَعَلَهُ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِيْنَ اَللهم إِنِّي عَبْدُكَ وَالْبَلَدُ بَلَدُكَ وَالْحَرَمُ حَرَمُكَ وَالْبَيْتُ بَيْتُكَ جِئْتُكَ أَطْلُبُ رَحْمَتَكَ وَأَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمُضْطَرِّ الْخَائِفِ مِنْ عُقُوْبَتِكَ الرَّاجِي لِرَحْمَتِكَ الطَّالِبِ مَرْضَاتِكَ

Maksudnya: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu, di tempat aku berdiri ini dan di awal ibadah hajiku, agar Engkau menerima taubat dan mengampuni kesalahanku serta menghilangkan dosa-dosaku. Segala puji hanya milik Allah yang telah menghantarku sampai ke Masjidil Haram, yang Dia jadikan sebagai tempat berkumpul dan tempat aman bagi manusia, menjadikannya berkah dan sebagai petunjuk bagi alam semesta. Ya Allah, sungguh aku adalah hamba-Mu, negeri ini adalah negeri-Mu, tanah haram ini adalah tanah haram-Mu dan rumah ini adalah rumah-Mu, aku datang mencari rahmat-Mu dan memohon kepada-Mu, seperti permohonan orang yang sangat memerlukan, lagi takut akan seksaan-Mu, yang mengharap rahmat-Mu dan mencari keredhaan-Mu.”

6. Menyentuh dan Mencium Hajar Aswad

Adab terakhir ketika sudah berada di Baitullah, maka dianjurkan bagi kita untuk pergi menuju ke Hajar Aswad sebelum melakukan tawaf. Sesampainya di tempat Hajar Aswad, dianjurkan bagi kita untuk menyentuh dengan tangan kanan, kemudian menciumnya, seraya membaca doa sebagai berikut:

اَللهم أَمَانَتِيْ أَدَّيْتُهَا وَمِيْثَاقِيْ وَفَّيْتُهُ اشْهِدْ لِيْ بِالْمُوَافَاةِ

Maksud: “Ya Allah, amanahku telah aku laksanakan, dan janjiku telah aku tepati, maka saksikanlah bahawa aku telah memenuhinya.”  

Lebih lanjut, Imam al-Ghazali juga menegaskan bahawa andaikan dia tidak dapat menyentuh dan mencium hajar aswad, maka hendaknya dia berjalan dengan menghadap ke arahnya sambil membaca doa tersebut. Kemudian setelah itu barulah dia mengerjakan tawaf. Wallahu a’lam.

Hasil Kefahaman

Buat para tetamu Allah SWT yang bakal memenuhi panggilan Haji atau Umrah, biasanya akan melakukan persiapan dengan menghadiri kursus ibadat. Akan tetapi, itu hanyalah persiapan bagi amalan zahir. Para jemaah seharusnya melakukan persiapan jiwa, sekiranya ingin mencapai penghayatan yang tinggi sepanjang ibadat tersebut.

Pada zaman kita kini, Kota Mekah disifatkan sebagai sebuah kota yang sibuk dan hiruk-pikuk. Para jemaah sering merasakan tidak selesa sepanjang kehadiran mereka di Kota Mekah, malah di dalam Masjidil Haram itu sendiri seringkali para jemaah dihadapkan dengan pelbagai bentuk ujian.

Buat kita yang ingin memelihara adab sepanjang berada di sana, maka cekalkan jiwa dan renungkan kembali kehidupan Rasulullah SAW dan para sabahat di Kota Mekah. Jauh bezanya cabaran yang mereka hadapi jika dibandingkan dengan apa yang kita hadapi kini di Kota Mekah.

Letakkanlah kehidupan mereka sebagai contoh buat kehidupan kita. Jadikanlah Kota Mekah sebagai tempat di mana kita mempertahankan agama di dalam diri.

Semoga panduan ini dapat membantu anda mendalami perjalanan penuh keberkatan dan seterusnya melancarkan ibadah umrah anda. Semak pakej umrah serendah RM4,990 kini di ikhlas.com Umrah!

Related Articles

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,290
Exclusive
Card content

Umrah Exclusive Ustazah Asma' Harun

Special Program "Riyyadh Assolihin"

From MYR5,990
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850