[Tanya Ustaz] Orang Uzur dan Sakit: Hukum Puasa dan Fidyah

Nurul Atikah Sarji

2/13/2024

Puasa di bulan Ramadan merupakan perbuatan yang wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Namun, ada juga yang kurang bernasib baik kerana tidak mampu untuk melakukan amalan ini kerana menghadapi masalah kesihatan. 

Template_images_for_blog_(4).png

Jadi, apakah hukum berpuasa bagi orang yang sakit? 

Sekiranya seseorang itu berpuasa dan boleh memberi kemudaratan terhadap pesakit dan boleh membawa kematian, maka beliau diwajibkan untuk membuka puasa. Namun begitu, hendaklah kita mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu berbuka puasa ataupun tidak. 

Tetapi, sekiranya seseorang itu hanya menghadapi sakit yang ringan dan tidak memberi kesan yang besar terhadap kesihatannya, maka seseorang itu diwajibkan berpuasa dan tidak harus baginya untuk berbuka puasa. 

Penetapan_Puasa_Ramadan_(7).png

Firman ini telah menjelaskan tiga kategori sakit yang berbeza, iaitu: 

  • Sakit yang menjadi semakin teruk sekiranya berpuasa

  • Sakit yang boleh memudaratkan nyawa

  • Sakit yang ringan

Sekiranya seseorang individu itu sakit dan akan bertambah kesakitannya jika berpuasa namun sukar untuk membahayakan nyawa, maka dia diharuskan berbuka puasa. Namun, jika sakit tersebut sangatlah berbahaya dan boleh membawa kepada risiko seperti kehilangan nyawa mahupun fungsi badan, maka wajib ke atas dirinya untuk berbuka puasa. Seterusnya, sekiranya seseorang individu itu ditimpa penyakit yang tidak menjejaskan puasa dan tidak membahayakan dirinya, maka diharamkan ke atas dirinya untuk berbuka puasa. 

Walaupun seseorang itu tidak berpuasa kerana masalah kesihatan, maka diwajibkan keatas dirinya untuk membayar Fidyah.


Apa itu Fidyah? 

Fidyah merupakan satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada individu serta hukum ini adalah wajib berdasarkan dengan bilangan hari puasa yang telah ditinggalkan. 


Kenapa dikenakan Fidyah? 

  • Tidak berpuasa kerana faktor umur yang tua

Orang tua yang tidak bertenaga untuk berpuasa dan perbuatan ini akan memudaratkan buat dirinya dan kesihatan tubuh badan. 

  • Meninggalkan puasa kerana masalah kesihatan yang kronik

Seseorang individu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik dan sakitnya berpanjangan berdasarkan pengesahan doktor yang disahkan. 

  • Ibu hamil

Ibu hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang akan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan dan hendaklah membayar fidyah dan menggantikan puasa yang telah ditinggalkan. 

  • Meninggalkan puasa kerana menyusukan anak 

Selain ibu hamil, ibu yang menyusukan anak yang bimbang jika air susu kurang dan boleh menjejaskan kesihatan bayinya.

  • Musafir

Para musafir boleh untuk tidak berpuasa tetapi perlu membayar fidyah dan menggantikan puasanya.

  • Melambatkan ganti puasa 

Individu Muslim yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah bulan Ramadan pada tahun berikutnya diwajibkan untuk mengganti puasa yang telah ditinggalkan. 


Taksiran Fidyah 

  • (Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah [Boleh semak laman sesawang IKHLAS Fidyah untuk gunakan kalkulator kiraan fidyah)
  • Kadar fidyah bagi satu hari yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah. 
  • Secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM4. Jika di IKHLAS Fidyah hanya RM2 yang diambil untuk kadar fidyah bagi hari yang ditinggalkan.