Perlukah Membayar Zakat untuk Orang yang Sudah Meninggal Dunia?

Ayu Nadirah

4/1/2024

Perlukah_Membayar_Zakat_untuk_Orang_yang_Sudah_Meninggal_Dunia.png

Antara persoalan yang mungkin bermain di minda tentang zakat fitrah adalah perlukah membayar zakat untuk seseorang yang telah meninggal dunia dalam bulan Ramadan. Dan jika ia wajib, siapa pula yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal berkenaan?

Imam al-Nawawi menerangkan bahawa wajib mengeluarkan zakat setelah terbenamnya matahari dan masuknya sebahagian malam Aidilfitri. Dengan maksud lain, antara syarat diwajibkan bagi umat Islam membayar zakat adalah apabila seseorang itu masih hidup pada bulan Ramadan dan sempat melalui malam satu Syawal. Jadi, bagi mengetahui hukum membayar zakat fitrah buat seseorang yang sudah meninggal dunia, kita perlu melihat kepada waktu dia meninggal dunia.


Wajib Membayar Zakat Buat yang Telah Meninggal Dunia

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya seseorang Muslim meninggal dunia setelah terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan dan telah masuk hari pertama bulan Syawal, maka kewajipan zakat fitrah pada si mati tidak gugur. Wajib membayar zakat fitrah buatnya, di mana pelaksanaannya wajib diuruskan oleh waris.

Namun bagi umat Islam yang meninggal dunia sebelum terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadan, maka tidak diwajibkan zakat fitrah ke atasnya. Semoga dengan panduan ini, waris kepada orang yang meninggal dunia dapat menjalankan kewajipan dengan sebaiknya buat si mati.

Semoga bermanfaat! Bayar zakat fitrah dengan lebih pantas dan telus di IKHLAS Zakat.