Fidyah: Pengertian & Hukum Bayar Fidyah

Nurul Atikah Sarji

2025-11-12

Ramadan bakal bertandang lagi. Sudah pasti, fidyah menjadi topik yang sinonim dengan bulan suci ini. 

Namun, apakah yang dimaksudkan dengan fidyah? Fidyah merupakan bayaran atau tindakan tertentu sebagai ganti atau tebusan bagi kekurangan dalam melaksanakan ibadah, baik dalam bentuk harta mahupun amalan lain.

Dalam surah al-Baqarah, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau sedang bermusafir, bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia menggantikan puasa itu pada hati-hari yang lain;

"Dan bagi mereka yang tidak mampu berpuasa (kerana tua dan sebagainya), diwajibkan membayar fidyah, iaitu memberikan lebih daripada yang ditetapkan, maka itu lebih baik baginya. Walaupun demikian, berpuasa itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”

Fidyah_ Pengertian & Hukum Bayar Fidyah (2).png

Fidyah_ Pengertian & Hukum Bayar Fidyah.png
Pengagihan beras fidyah bersama The Melvins

Seterusnya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang meninggal dunia sedangkan dia masih mempunyai tanggungan puasa Ramadan, maka hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan."

Baca juga: [Tanya Ustaz] Orang Sakit, Uzur: Hukum Puasa & Fidyah

Terdapat beberapa hikmah pensyariatan fidyah iaitu, fidyah dapat menebus atau kekurangan dalam melaksanakan ibadah yang menyebabkan dosa. Ini juga dapat memberi jalan keluar bagi mereka yang menghadapi kesukaran dalam menunaikan ibadah dan sebagai bentuk rukhsah (keringanan) untuk individu yang tidak mampu melaksanakan ibadah secara fizikal dengan menggantikannya dalam bentuk sumbangan harta.

Klik di sini untuk membayar fidyah bersama ikhlas.com!