3 Fadilat Bersedekah Cara Rasulullah
Nurul Atikah Sarji
2/15/2024
Salah satu pintu keberkatan dibuka oleh Allah SWT untuk kita meraih kebaikan ialah melalui bersedekah. Sedekah merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam, lebih-lebih lagi pada yang berkemampuan.
Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk sentiasa bersedekah, sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

Kenapa kita dituntut untuk bersedekah?
1. Sedekah mensucikan dosa
Allah SWT akan menghapuskan dosa jika hambanya bersedekah dan disertai dengan rasa bersalah dan hendak bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sedekah dapat menghapuskan dosa, sebagaimana air memadamkan api." - Hadis Riwayat at-Tirmidzi
2. Sedekah memberi keberkatan pada harta
Kita tidak perlu kaya untuk bersedekah kerana harta yang disedekahkan akan semakin bertambah berkah, sebagaimana sabda Rasulullah yang berbunyi:
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya." - Hadis Riwayat Muslim
Selain itu, Allah SWT juga berjanji dalam surah Al-Hadid ayat ke 18 untuk melipatgandakan pahala orang yang suka bersedekah. FirmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah, pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka adalah pahala yang banyak.
3. Syurga mempunyai satu pintu khas untuk orang yang suka bersedekah
Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk orang yang suka bersedekah? Ya betul, Rasulullah pernah bersabda:
.png)
Oleh itu, jom sama-sama kita menjadi tangan yang suka memberi kepada tangan yang memerlukan. ikhlas.com Sadaqah merupakan saluran yang boleh dipercayai dan berdaftar secara sah di pertubuhan bukan kerajaan.