3 Cara Kumpul Duit Akikah Anak dengan Mudah!

Hanan Latip

5/9/2024

3_Cara_Mudah_Kumpul_Duit_Untuk_Akikah_Anak.png

“Aduh, duit untuk majlis akikah anak tak ada lagi!”

Jangan risau, jika anda baca artikel ini sampai habis, pasti anda dapat kumpul duit majlis akikah anak dengan mudah. Jom baca artikel di bawah bagi mengetahui 3 rahsia tersebut! 

1. Kumpul Duit dari Awal 

Lebih awal kumpul duit akikah lebih bagus! Kami cadangkan anda kumpul duit bermula setelah anda mengetahui ada kandungan di dalam badan si isteri. Atau untuk lebih selamat, anda boleh menyimpan dari awal perkahwinan. Jadi, anda dapat fokus untuk menyimpan duit bagi keperluan isteri dan anak. 

Sebagai permulaan, anda perlu ketahui haiwan akikah mengikut jantina. Maka, anda dapat anggaran berapa jumlah yang perlu dibayar setelah mengetahui jantina anak kelak. 

 Haiwan Akikah Mengikut Jantina Anak

  • 1 ekor kambing untuk anak perempuan.
  • 2 ekor kambing untuk anak lelaki.
  • Ataupun seekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.

2. Kurangkan Perbelanjaan Yang Tidak Penting

Rahsia kedua yang anda perlu tahu dan buat ialah kurangkan perbelanjaan yang tidak penting jika ingin memastikan majlis akikah anak dapat dilakukan! Ketika ini, tidak perlu utamakan hal seperti renovate rumah, upgrade barangan walaupun tidak rosak, berlebih-lebihan dalam berbelanja baju dan kelengkapan lain.  

Jika anda berjaya control diri dari menghabiskan duit sewenang-wenangnya, pasti anda dapat kumpul sebanyak mungkin duit bagi memastikan majlis akikah berlangsung dengan lancar. Ingat, perkara ini perlu berjalan berterusan bagi mengelakkan duit kurang!

3. Tetapkan Sasaran 

Mari kami bantu anda tetapkan sasaran bagi haiwan akikah.

Seekor kambing di IKHLAS

Harga RM799 seekor kambing di ikhlas.com Aqiqah

  1. Sediakan tabung khas untuk akikah.
  2. Simpan secara konsisten RM73 setiap bulan bermula dari bulan Muharram sehingga Zulkaedah. 
  3. Hasilnya, anda dapat mengumpul RM803. Jumlah yang cukup untuk melaksanakan akikah anak anda. 
  4. Daftar akikah anak anda di aplikasi IKHLAS atau di laman web ikhlas.com

Bagi yang tidak mengetahui, ikhlas.com menawarkan khidmat menguruskan akikah bagi pihak anda. Hanya empat langkah mudah di hujung jari sahaja, anda boleh melakukan akikah dengan lebih efisyen, berkualiti dan mesra poket tanpa perlu mengeluarkan wang lebih untuk majlis. Daftar segera di sini!