Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.

Riwayat Abu Daud (2842)

Kenapa pilih IKHLAS

Dapatkan 1 mata airasia untuk setiap MYR 1 yang dibelanjakan

Semak status Aqiqah dengan hanya 1-klik

Agihan di utamakan kepada yang memerlukan

Video penyembelihan akan disediakan.

Buat tempahan

Langkah 1

Pilih jenis Aqiqah anda

Langkah 2

Isi semua maklumat yang diperlukan

Langkah 3

Terima resit melalui emel

Langkah 4

Semak status atau tunggu sijil melalui emel

Liputan Aqiqah luar negara terbesar di 35 negara di seluruh dunia

Dipercayai oleh

Professional

Alhamdulillah atas perkhidmatan Aqiqah yang terbaik dari IKHLAS. Dedikasi mereka kepada pelanggan jelas terbukti dalam cara mereka menunaikan komitmen mereka. Saya sangat berpuas hati dengan proses yang lancar dan perkhidmatan yang telus mereka berikan dalam setiap aspek. Tanpa ragu, saya akan mengesyorkan IKHLAS kepada rakan-rakan dan keluarga saya.

Puan Yunita

Cybersouth, Malaysia

Professional

IKHLAS telah menjadikan aqiqah bagi anak saya begitu mudah. Dari tempahan atas talian hingga penghantaran tepat pada waktunya, mereka memahami tuntutan jadual saya yang padat. Kemudahan yang mereka sediakan tanpa mengabaikan kualiti patut diberikan pujian.

Puan Wan Kamariah

Banting, Malaysia

Professional

Perkhidmatan Aqiqah dari Ikhlas telah melampaui jangkaan saya. Pengaturannya lancar, dan dagingnya segar dan disediakan dengan baik. Apa yang menyentuh hati saya adalah pilihan Aqiqah infaq mereka, berkongsi dengan golongan yang memerlukan. Inisiatif yang menarik serta patut mendapat pujian yang tinggi.

Encik Emir

Kampung Tunku, Malaysia

Rakan kongsi kami

Soalan lazim

Apa Itu Akikah?

Akikah ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan (kambing) yang disembelih pada hari ke-7 kelahiran bayi. Sekiranya terlepas (melaksanakannya) pada hari ke-7 kelahiran, maka hendaklah disembelih pada hari ke-14. Jika tidak, maka boleh dilaksanakan pada hari ke-21. Demikianlah seterusnya tiap-tiap 7 hari berikutnya. Hal ini berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dalam kitab karangannya Sabil Al-Muhtadin.

Apakah Hukum Melaksanakan Ibadah Akikah?

Hukum melaksanakan ibadah akikah ialah Sunat Mu’akkad (sunat yang sangat dituntut melakukannya) berdasarkan pendapat yang kuat dalam mazhab As-Syafie.

Adakah Akikah Itu Amalan Tradisi Atau Adat Resam Orang Melayu?

Tidak. Akikah bukanlah amalan tradisi atau adat resam orang melayu, bahkan ia merupakan ibadah dan sunnah Nabi SAW, malah baginda sendiri melaksanakannya ke atas cucundanya iaitu Hassan dan Hussain R.A.

Kenapa Kita Perlu Melaksanakan Akikah?

Kerana ibadah akikah merupakan suatu tanggungjawab ibu bapa untuk menunaikan hak terhadap anak yang dilahirkannya.

Siapakah Yang Bertanggungjawab Untuk Melaksanakan Akikah?

Ibadah akikah adalah tanggungjawab wali (Ibu bapa) anak tersebut. Jika sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia (sebelum sempat meng-aqiqah-kan anaknya), maka datuk, bapa saudara atau penjaga anak tersebut bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Bolehkah Orang Lain Meng-akikah-kan Anaknya (selain Ibu Bapa)?

Boleh. Jika sekiranya ibu bapa kepada anak tersebut kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melakukannya atas sebab-sebab tertentu, maka pihak lain boleh meng-akikah-kan anaknya, tetapi ia mestilah dimaklumkan kepada ibu bapanya. Dalil: Rasulullah saw sendiri melaksanakan akikah untuk kedua cucnya iaitu Hassan & Hussain r.a. masing-masing dengan seekor kibas.

Bolehkan Melaksanakan Akikah Untuk Dirinya Sendiri Setelah Dewasa?

Boleh, jika ia berkemampuan (sudah mempunyai pendapatan sendiri), kerana Nabi SAW juga melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri selepas dilantik menjadi nabi iaitu ketika usia baginda 40 tahun.

Apakah Kelebihan Melaksanakan Akikah?

-Pahala akikah sebagai tanda syukur dan pahala mengamalkan sunnah Rasulullah saw. -Menzahirkan rasa syukur dengan nikmat dianugerahkan zuriat oleh Allah swt. -Menghebahkan berita tentang kelahiran anak supaya tidak timbul prasangka. -Membolehkan anak memohon syafaat buat kedua ibu bapanya (tafsiran Imam Ahmad) -Menghindari anak daripada gangguan syaitan. (tafsiran Ibnu Qayyim Al-Jauzi) -Menyokong tumbesaran dan kecerdasan minda anak-anak. (tafsiran Imam Al-Khattabi) -Mengeratkan hubungan silaturahim jika mengadakan kenduri akikah. -Menghindari sifat kedekut dengan memberi makan kepada fakir miskin. Pelaksanaan Akikah di bulan Ramadan: -Menggandakan pahala melakukan kebaikan. -Pahala memberi makan orang berbuka puasa.

Apakah Haiwan Akikah Untuk Anak? Dan Berapa Ekor?

Kambing. Sunnah menyembelih 2 ekor kambing untuk bayi lelaki, dan seekor kambing untuk bayi perempuan.

Bolehkah Laksanakan Akikah Untuk Anak Lelaki Dengan Seekor Kambing Dahulu, Dan Seekor Lagi Kemudian?

Boleh, tak semestinya 2 ekor kambing sekaligus. Akan tetapi, jika sudah berkemampuan, hendaklah disempurnakan sembelihan akikah tersebut pada masa yang lain sesegera yang boleh, apatah lagi jika ianya telah diniatkan.

Bolehkah Laksanakan Akikah Anak Lelaki Dengan Seekor Kambing Sahaja?

Boleh, Rasulullah saw mengakikahkan kedua cucunya Hassan dan Hussain r.a. masing-masing dengan seekor kibas.

Bolehkah Laksanakan Akikah Lebih Dari 2 Ekor Untuk Anak Lelaki Dan Lebih Dari Seekor Untuk Anak Perempuan?

Boleh. Lebih banyak daging yang disembelih, inshaa Allah lebih banyak pahala kerana lebih ramai yang dijamu makan dan lebih ramai menerima manfaatnya.

Bolehkah Melaksanakan Akikah Dengan Lembu? Ikhlas Ada Melaksanakan Akikah Dengan Bahagian Lembu?

Tiada dalil yang melarang untuk melaksanakan akikah dengan lembu. Adapun kebanyakan dalil mengenai akikah ialah pelaksanaannya dengan kambing sahaja berbeza dengan korban yang ada dinyatakan pelaksanaan dengan bahagian lembu. Di IKHLAS kami tidak melaksanakan akikah dengan bahagian lembu.

Kalau Tak Buat Akikah Bahagian Lembu, Bolehkah Laksanakan Akikah Dengan Seekor Lembu?

Dalil pelaksanaan akikah banyak menyebut sembelihan dengan kambing. Seorang anak akikahnya dengan seekor kambing yang sempurna, maka boleh difahami akikah seorang anak dengan seekor lembu yang sempurna tak menjadi masalah, kerana akikah bukan seperti korban yang dibolehkan mengambil bahagian lembu. Cuma akikah seekor lembu berbanding seekor kambing pastinya sedikit tinggi harganya. Malah boleh mendapatkan lebih banyak ekor kambing. Tetapi jika itu bukan masalah, kami boleh bantu untuk melaksanakannya.

Bagaimana Daging Akikah Diuruskan? Daging Akikah Dimasak Atau Diagih Mentah?

Daging akikah sunnah dimasak terlebih dahulu untuk dijamu makan, sedikit berbeza dengan ibadah korban yang dagingnya diagihkan secara mentah. Tetapi di IKHLAS, tidak semua daging akikah tersebut akan dimasak, ada yang diagih secara mentah kepada penerima-penerima yang kebiasaannya tinggal berjauhan dan di pedalaman. Dan biasanya daging tersebut akan dimasak jika ada majlis tertentu yang mengumpulkan penduduk setempat seperti majlis pengajian, walimah dan berbuka puasa.

Anak Meninggal Dunia Dalam Kandungan / Meninggal Dunia Sebelum Sempat Hari Ke-7 Kelahiran. Perlukah Buat Akikah?

Harus melaksanakan akikah untuk bayi yang telah meninggal dunia sama ada ia meninggal dalam kandungan (setelah melebihi tempoh 4 bulan) atau ia meninggal dunia sebelum sempat hidup pada hari ke-7 kelahiran, sebagai tanda syukur dikurniakan kesempatan memiliki zuriat walaupun hayatnya tidak panjang. Hukumnya harus semata-mata, tidak disunatkan sepertimana tuntutan sunat mu’akkad ke atas pelaksanaan akikah pada hari ke-7 kelahiran bayi.