Checklist Persiapan Akikah Anak

Hanan

1/16/2024

newborn-infant-little-likeable-pretty-baby-boy-sleeping-little-brown-sofa-blue-pijamas-surrounded-by-plant-toy-bears.jpg

Kelahiran anak lagi-lagi yang pertama kali bergelar ibu dan bapa, semestinya mendebarkan dan menggembirakan. 

Selain daripada aspek kesihatan yang harus dipantau, ibu bapa juga perlu ingat untuk melakukan ibadah akikah untuk anak bagi melahirkan rasa syukur ke atas kelahiran bayi.

Jangan risau, bagi memudahkan urusan anda, kami akan kongsikan checklist persiapan akikah bagi memastikan majlis aqiqah anak anda berjalan lancar! 


PERKARA PENTING YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA MAJLIS AKIKAH

Ketika anda melakukan akikah, anda boleh juga lakukan perkara-perkara di bawah di dalam majlis yang sama: 

Tahnik

Tahnik adalah ibadah sunnah lain yang boleh dilakukan untuk sambut kelahiran bayi. Tahnik ini juga lebih dikenali sebagai belah mulut dalam kalangan orang Melayu. 

Tahnik elok dilakukan sejurus bayi lahir, tetapi jika tidak berkesempatan anda boleh lakukan sehingga hari ke-7.

Bercukur Jambul

Cukur jambul juga disarankan untuk buat bertujuan bagi menjaga kebersihan si manja. Hal ini kerana, semasa bercukur, rambut-rambut bayi yang pernah diselaputi dengan darah semasa dalam kandungan dapat dibuang. 

Maka, para ibu bapa usah risau kerana rambut anak akan tumbuh semula menjadi lebih sihat dan lebat.


CHECKLIST MAJLIS AKIKAH ANAK

magic-view-prepared-evening-restaurant.jpg

1. Tidak Mengikut Trend

Tak usah mengikut trend dan belanja berlebih-lebihan seperti pelamin berhias mewah, menjemput ustaz terkenal dan macam-macam lagi semata-mata untuk majlis akikah

Cukup buat perkara-perkara penting seperti diajarkan oleh Rasulullah SAW semasa majlis berlangsung. 

2. Buat Majlis Mengikut Kemampuan

Harus diingatkan, majlis akikah tidak memerlukan jumlah yang besar seperti kenduri kendara. Para ibu bapa hanya perlu buat majlis mengikut kemampuan dan pastikan perkara penting seperti haiwan akikah, tetamu jemputan, barang-barang kelengkapan bercukur dan tahnik (jika hendak melakukan cukur jambul dan tahnik) diutamakan. 

Template_images_for_blog.jpg

Pastikan para ibu bapa sudah menyediakan kambing untuk diakikahkan. 

• Kambing akikah untuk bayi lelaki : 2 ekor kambing

• Kambing akikah untuk bayi perempuan : 1 ekor kambing

• 1 ekor lembu dibahagikan kepada 7 bahagian dan 1 bahagian bersamaan 1 ekor kambing.

3. Tarikh dan Masa

Mengikut mazhab Syafie, tempoh untuk ibu bapa melakukan akikah sehingga anak mencapai baligh. Jika sudah melepasi baligh, tuntutan akikah jatuh kepada diri sendiri.

Bagi menentukan tarikh dan masa yang sesuai, anda boleh menggabungkan majlis akikah bersama majlis doa selamat ataupun tahlil. 

Walaubagaimana pun, tetapkan tarikh yang bersesuaian yang memudahkan untuk ahli keluarga berkumpul. 

4. Lokasi Majlis Akikah

elegant-wedding-reception-room-with-sea-view-through-windows.jpg

Pilih lokasi yang mudah untuk sanak saudara berkumpul. Jika bercadang melakukan akikah di rumah, pastikan rumah tersebut dapat memuatkan semua jemputan. 

5. Menjemput Orang Yang Penting 

Bagi majlis akikah, utamakan untuk menjemput ahli keluarga, sahabat rapat dan jiran terdekat. Hal ini bagi meraikan dan menguar-uarkan berita mengenai kelahiran cahaya mata yang baru dan merapatkan silaturrahim keluarga dua belah pihak. 

Dengan itu, anda dapat menetapkan bajet makanan yang ingin ditempah dan goodies bag yang perlu disediakan. 

6. Kad Jemputan

Kad jemputan harus disediakan bertujuan untuk memudahkan orang yang dijemput mengingati maklumat mengenai majlis. Anda boleh mengedarkan kad jemputan secara fizikal mahupun digital. 

7. Menu Makanan dan Kambing Akikah

Rancang makanan yang ingin disajikan pada hari tersebut sama ada dengan melakukan rewang atau membuat tempahan daripada pihak katering.

Tidak dilupakan untuk mengasingkan daging akikah seperti di bawah:

• ⅓ bahagian untuk dimakan sendiri.

• ⅓ bahagian untuk sahabat atau kenalan.

• ⅓ bahagian untuk saudara muslim yang memerlukan.

5. Marhaban

Jika anda ingin menyerikan majlis dengan alunan puji-pujian kepada Baginda Rasulullah SAW, disarankan untuk menjemput kumpulan marhaban ke majlis akikah

6. Jurugambar

cameraman.jpg

Momen manis seperti ini pastinya memerlukan jurugambar atau juruvideo untuk merakamkan majlis supaya dapat kita jadikan kenangan dan boleh ditonton semula setelah majlis selesai. Dengan itu, ibu bapa hanya perlu fokus kepada flow majlis akikah dan keadaan bayi. 

7. Buaian Berendoi 

Anda boleh sediakan buaian untuk kegunaan bayi. Yang penting, anak anda dapat berbaring dengan selesa dalam keadaan suasana yang pastinya ramai tetamu yang hadir untuk melihat bayi anda. 

8. Pakaian 

Pakai pakaian yang bersih dan cantik pada waktu ini. Tidak perlu membeli baju baru ataupun dengan harga yang mahal, cukup sekadar mengenakan pakaian yang selesa semasa majlis berlangsung.

9. Cenderahati 

doorgifts.jpg

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh memberikan cenderahati kepada tetamu jemputan. 

Antara cenderahati yang menjadi pilihan ialah tasbih digital, coklat, manisan, buku Yasin dan sebagainya.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu ibu bapa baru untuk membuat majlis aqiqah anak kerana majlis ini tidak perlu dilakukan secara berlebihan dan cukuplah untuk melaksanakan ibadahnya.