ikhlas.com Taja Wira Paralimpik Negara Tunai Umrah, Kembara ke Korea
Yantie Basharudin
9/11/2024

Bersempena dengan temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, ikhlas.com meneruskan lagi sokongan yang menyeluruh terhadap wira-wira negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia sebagai Rakan Kembara dan Umrah Rasmi Majlis Paralimpik Malaysia.
Kepulangan kontinjen paralimpik negara yang membawa pulang pingat daripada temasya itu disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan yang membuatkan momen lebih manis dengan kejutan istimewa team ikhlas.com turut menunggu di sana bagi menyampaikan sendiri tajaan pakej umrah dan kembara Korea Selatan bersama ikhlas.com yang bernilai hampir RM100,000.
Ketua Pegawai Pemasaran ikhlas.com, Fara Hasan berkata: “Kami berbesar hati dapat meraikan kejayaan mereka yang banyak berkorban masa dan tenaga demi mengharumkan nama negara di persada dunia. Sebagai platform sehenti gaya hidup dan kembara mesra Muslim, ikhlas.com menaja atlet-atlet paralimpik yang membawa pulang pingat dan jurulatih mereka yang memainkan peranan penting dalam kejayaan ini."
“Kami dengan ini mengumumkan tajaan pakej ikhlas.com Umrah untuk atlet dan jurulatih paralimpik yang beragama Islam sementara yang bukan Islam pula akan menerima tajaan pakej kembara ke Korea Selatan bersama ikhlas.com Travel.”
Pada 13 Ogos lalu, ikhlas.com menunaikan hasrat atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapa beliau menunaikan umrah walaupun gagal meraih kemenangan menerusi acara keirin lelaki di Sukan Olimpik 2024.
Sekalung tahniah kami ucapkan buat barisan juara!

Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih menerusi Apple App Store dan Google Play Store.