[Daily Kurma] Haji Pada Musim 'Bunga', 'Sejuk' Pada 2026
Nurul Atikah Sarji
6/20/2024
Ibadah Haji pada tahun ini dan sebelum ini jatuh dalam musim panas. Namun, pada tahun 2026, ibadah haji akan memasuki fasa baharu pada tahun 2026, yang merupakan “musim bunga” selama lapan tahun berturut-turut dan kemudian ia diikuti lapan tahun lagi jemaah akan menunaikan ibadah ini ketika “musim panas”.
Menurut Agensi, “musim bunga” di Arab Saudi berlangsung dari pertengahan Mac hingga pertengahan Jun, dengan suhu pada waktu malam boleh turun di bawah 15 darjah selsius manakala kawasan tengah dan selatan lebih panas dengan purata suhu sekitar 20 darjah selsius. Sebaliknya, “musim sejuk” dicatatkan dari pertengahan Mac, dengan suhu nyaman pada siang hari dan malam yang sejuk di seluruh Arab Saudi.
Menurut Jurucakap Pusat Meteorologi Nasional Saudi (NMC), Hussein Al-Qahtani menjelaskan bahawa penyelidikan berkaitan proses pembenihan awan, khususnya di tapak suci akan dipergiatkan pada tahun hadapan.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif NMC, Dr Ayman Ghulam berkata bahawa proses pembenihan awam di beberapa kawasan dan tapak suci bergantung kepada hasil penyelidikan dengan skop keperluannya.
Beliau turut menambah bahawa pembenihan awan ini merupakan proses operasi dan penyelidikan masih dijalankan untuk menentukan keperluan di kawasan lain, termasuk tapak suci.
Fasa operasi pembenihan awan ini berlaku di Riyadh, Al-Qassim, Hail, wilayah barat daya dan taif. Proses ini berfungsi meningkatkan kuantiti dan kualiti hujan bagi jenis awan tertentu serta mempercepatkan proses hujan di kawasan yang ditetapkan.
Proses ini dilakukan melalui pesawat yang menyemai bahan halus yang tidak membahayakan alam sekitar di lokasi awan tertentu serta merupakan salah satu cara untuk mengekalkan keseimbangan air, kerana teknologi ini selamat, fleksibel dan murah. - AGENSI.
- Anda merancang untuk menunaikan umrah tahun ini? Semak IKHLAS Umrah sekarang!