Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

2024-02-05

Umrah_DRN.jpg

Sebelum menunaikan ibadah umrah secara DIY, perkara asas yang patut bakal jemaah ambil tahu adalah tempat untuk berniat ihram. Terdapat beberapa tempat yang menjadi batas untuk anda berihram dan jika anda melanggarnya, ia akan menjejaskan ibadah umrah anda.


Apa itu miqat?

Miqat adalah batas sebelum melaksanakan ibadah umrah dan haji. Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan umrah perlu mengenakan kain ihram dan memasang niat. Miqat dibahagikan kepada dua iaitu:

  1. Miqat zamani: Ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram.

  2. Miqat makani: Ketentuan tempat atau sempadan untuk berniat ihram.

Wajib untuk anda memasang niat ihram pada miqat yang betul supaya ibadah umrah anda sah dan diterima Allah. Bagi jemaah yang datang dari luar kota Mekah untuk melakukan umrah, terdapat lima lokasi miqat makani yang ada:

5_lokasi_miqat.jpg
  1. Qarnul Manazil: Bagi jemaah yang masuk dari arah Kuwait dan menjadi miqat bagi jemaah dari Malaysia yang menaiki pesawat penerbangan untuk masuk ke Mekah.

  2. Bir Ali atau Zulhulaifah: Bagi jemaah yang masuk dari arah Madinah.

  3. Zartun Iraqi: Bagi jemaah yang masuk dari arah Iran dan Iraq.

  4. Al-Juhfah: Bagi jemaah yang masuk dari arah Syria, Palestin, Mesir, Morocco dan Sepanyol.

  5. Yalamlam: Bagi jemaah yang masuk dari arah Yaman.


Bagi jemaah yang sudah berada di Mekah pula, jemaah perlu keluar dari Tanah Haram Mekah untuk berniat ihram. Seelok-eloknya memasang niat di miqat Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.


Berihram atau berniat memulakan ibadah umrah adalah salah satu rukun umrah. Berniat ihram di miqat pula termasuk dalam perkara wajib umrah. Seseorang yang ingin mengerjakan ibadah umrah wajib berniat ihram di miqat atau sebelum melepasi sempadan miqat. Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata:

Hadis_umrah.png

Jemaah yang dalam perjalanan ke Mekah dengan niat melakukan umrah maka dia wajib berihram di miqat yang telah ditentukan oleh Rasulullah SAW. Semua jemaah Malaysia yang terus menuju ke Mekah wajib berihram di atas kapal terbang ketika melintasi miqat Qarnul Manazil dan haram berihram setelah melepasi miqat tersebut. Perkara ini telah dinyatakan dalam kitab Asna al-Matolib karangan Sheikhul Islam Zakaria al-Ansori:

Hadis_umrah_2.png

Apakah hukum jika jemaah melewati miqat tanpa berniat ihram? Ataupun jemaah berniat ihram di miqat yang lain daripada apa yang telah ditetapkan? Bagaimana status umrah jemaah berkenaan?

Menurut hukum, wajib untuk jemaah umrah melakukan niat di miqat yang sepatutnya seperti yang disenaraikan di atas. Sekiranya jemaah telah melepasi miqat tanpa berniat ihram, ataupun berniat ihram di miqat yang salah, maka dia dianggap berdosa. Maka jemaah wajib segera kembali ke miqat yang dilaluinya tadi dan berniat ihram dari miqat tersebut, sekiranya masih ada banyak waktu dan jalan untuk ke miqat adalah selamat. Dam gugur dengan syarat dia kembali semula dengan segera ke miqat yang dilepasinya sebelum melakukan apa-apa perbuatan umrah. Namun, jika jemaah tidak boleh kembali ke miqat atas sebab tertentu seperti waktu yang terhad, jalan tidak selamat, sakit atau takut terpisah dengan rombongan umrah yang lain, maka tidak wajib ke atasnya untuk kembali dan berniat ihram di mana dia berada. Namun, jemaah wajib membayar dam kerana meninggalkan perkara wajib umrah, dengan menyembelih seekor kambing di Mekah.

Miqat_atas_kapalterbang.jpg
Ketua mutawif IKHLAS Umrah mengetuai bacaan niat umrah sewaktu bermiqat di dalam kapal terbang AirasiaX semasa melintasi Qarnul Manazil.

PERLU INGAT!

Sekiranya jemaah terbang dari Malaysia memilih untuk berniat ihram di Tan'eim, dia dikira BERDOSA kerana telah meninggalkan niat ihram di miqat yang sepatutnya iaitu Qarnul Manazil. Jemaah diwajibkan berpatah balik ke Qarnul Manazil atau miqat yang lain tetapi sama jauh dengan miqat Qarnul Manazil untuk berniat ihram. Setelah itu, barulah dia boleh melakukan ibadah umrah.


Bagaimana pula situasi di mana jemaah terbang dari Malaysia dan berniat mahu singgah di Taif terlebih dahulu, sebelum melangkah ke Mekah bagi menunaikan umrah?

Buat jemaah yang berniat mahu ke Taif terlebih dahulu, tidak perlu berniat ihram di atas kapal terbang. Terus sahaja ke Taif setelah sampai di Jeddah. Dari Taif, jemaah akan melalui miqat Qarnul Manazil untuk berniat ihram dan seterusnya menjalankan umrah di Mekah.


Kesimpulannya, mengerjakan umrah perlulah dengan ilmu. Bukan sekadar mengikut-ikut orang sahaja. Biarlah segala usaha kita terbalas dengan umrah yang mabrur. Insyaallah.

Related Articles

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR9,690
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,790
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR8,290
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR4,250
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,590