Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

2023-12-15

Umrah adalah perjalanan mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu mengikut syarat tertentu. Tujuan utama umrah adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini adalah satu bentuk pengabdian kepada-Nya dan membuka peluang untuk memperbaiki diri secara rohani. Selain itu, umrah juga dianggap sebagai cara menyucikan diri daripada dosa, serta mendapat pahala dan keberkatan.

Sebelum mengerjakan umrah, ada beberapa hal yang perlu dipersiapkan iaitu:
1. Niat yang suci.
2. Wang perbelanjaan yang cukup.
3. Pengurusan dokumen.
4. Pakaian ihram.
5. Ubat-ubatan dan kelengkapan peribadi.
6. Pemahaman tertib umrah.

Untuk memahami tertib melakukan umrah, kami telah menyediakan panduan umrah yang dapat membantu Sahabat IKHLAS dalam melaksanakan umrah. Berikut adalah rangkumannya;

IHRAM

Menurut istilah, ihram ertinya adalah melarang atau menahan. Manakala, menurut syar'i, pengertian ihram adalah niat untuk pelaksanaan ibadah haji/umrah yang ditandai dengan beberapa amalan haji/umrah.

Ihram harus dilakukan sebelum pergi ke miqat dan diakhiri dengan tahallul (langkah mencukur rambut sekurang-kurangnya tiga helai). Ketika seseorang sudah melakukan ihram, maka dia harus mengikuti peraturan dan ketentuan yang ditetapkan ketika sedang dalam ibadah haji/umrah.

Secara umumnya, pantang larang dalam ihram boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

  1. Larangan dikhususkan kepada lelaki sahaja.

  2. Larangan dikhususkan kepada wanita sahaja.

  3. Larangan umum (buat lelaki dan wanita).


Larangan Dikhususkan Bagi Lelaki Sahaja
  1. Memakai pakaian bersarung / berjahit / bercantum seperti seluar, baju kemeja, stokin, kasut yang menutup jari-jari dan tumit, kain pelikat dan sebagainya.

  2. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti songkok, kopiah, serban, kain ihram dan sebagainya.


Larangan Dikhususkan Bagi Wanita Sahaja
  1. Menutup muka.


Larangan Umum (Buat Lelaki Dan Wanita)
  1. Memakai sarung tangan.

  2. Memakai bau-bauan di bahagian badan, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung.

  3. Memakai minyak di kepala, janggut dan semua bulu muka selain daripada yang tumbuh di pipi dan dahi.

  4. Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana-mana anggota badan.

  5. Mengerat atau memotong kuku.

  6. Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok-pokok di Tanah Haram Mekah.

  7. Memburu binatang buruan darat yang halal dimakan atau membinasakannya di Tanah Halal atau Haram.

  8. Melakukan perkara yang boleh merangsang persetubuhan.

  9. Bersetubuh.

  10. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin.

Sekiranya jemaah umrah melanggar ataupun melakukan perkara yang haram dilakukan ini, jemaah akan dikenakan dam ataupun denda mengikut kesalahan yang telah dilakukan. Terdapat larangan yang tidak sengaja dilakukan dan tidak perlu membayar dam. Terdapat juga larangan yang tidak sengaja dilakukan, tetapi tetap dikenakan dam.


Sebelum Berihram

Anda hendaknya memperelokkan / mendandani / memperkemaskan diri seperti:

  • Memotong kuku.

  • Mencabut bulu ketiak, ari-ari.

  • Mengemaskan rambut, misai dan janggut.

  • Mandi sunat ihram; niatnya:

  • Memakai minyak rambut.
  • Memakai minyak wangi pada tubuh badan sahaja, tidak pada pakaian ihram.


Semasa Berihram

Membaca niat ihram/umrah:

Atau, niatkan ihram/umrah bersyarat:


Selepas Berihram

Dirikan dua rakaan solat sunat ihram

Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah, dibacakan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah, dibacakan Surah Al-Ikhlas.

Melaungkan Talbiah:

Ketika melihat kepada Baitullah, bacalah doa ini:

TAWAF

Tawaf terbahagi kepada tiga iaitu niat dalam hati, syarat tawaf serta sunat semasa dan selepas tawaf.

Syarat-syarat Tawaf
  1. Suci daripada hadas (kecil dan besar), yakni ada wuduk yang sah.

  2. Bermula dan berakhir di Hajarul Aswad.

  3. Cukup tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.

  4. Bahu kiri sentiasa bersebelahan Kaabah.

  5. Tidak menyentuh mana-mana bahagian Kaabah termasuk Hijir Ismail.

  6. Menutup aurat.

  7. Tiada najis pada pakaian dan tempat tawaf.

  8. Tawaf dalam masjid dengan niat ibadah.

Sunat-sunat Tawaf
  1. Tawaf dengan berjalan kaki.

  2. Berittiba’ (memakai pakaian ihram dalam keadaan membuka bahu sebelah kanan) bagi lelaki sepanjang tawaf.

  3. Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan pertama, kedua dan ketiga. Pada pusingan keempat hingga ketujuh, jemaah lelaki berjalan seperti biasa.

  4. Melakukan istilam (menyentuh) Hajarul Aswad, kemudian mengucupnya. Jika tidak mampu, disunatkan isyarat dengan tangan dari jauh sambil bertakbir, kemudian kucup tapak tangan tanpa membunyikan suara kucupan tersebut.

  5. Membaca doa dan wirid.

  6. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf tersebut.

  7. Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.

  8. Mendirikan solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam Ibrahim.

1. Niat tawaf

2. Ketika mendekati garisan permulaan tawaf (garisan yang sejajar dengan Hajarul Aswad) bacalah doa ini:

3. Ketika sejajar dengan garisan permulaan tawaf, angkatkan kedua-dua belah tangan dengan lurus tanpa melebihi paras telinga menghadap Kaabah dan ucapkan:

4. Bacaan ketika bertawaf

Semasa tawaf dilakukan, tidak ada bacaan khusus yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW dalam setiap pusingan. Apabila sampai di rukun Yamani, bacalah, Rabbanaa aatina fiddunia hasannah wafilakhirati hasanah wa kinaa ‘aza bannar.” Itu saja bacaan yang khusus semasa dalam tawaf.

Bacaan doa yang kami sertakan di bawah hanyalah sekadar garis panduan sahaja. Para jemaah boleh menyusun sendiri zikir, doa atau ayat Al-Quran yang ingin dibaca semasa tawaf.

Bacaan pusingan pertama (1):

Bacaan pusingan kedua (2):

Bacaan pusingan ketiga (3):

Bacaan pusingan keempat (4):

Bacaan pusingan kelima (5):

Bacaan pusingan keenam (6):

Bacaan pusingan ketujuh (7):

5. Berdiri di Multazam dan berdoa memohon hajat kerana di sini antara tempat yang paling mustajab.

6. Dirikan solat sunat tawaf.

Niatnya:

Pada rakaat pertama sesudah Al-Fatihah, bacakan Surah Al-Kafirun. Pada rakaat kedua sesudah Al-Fatihah, bacakan Surah Al-Ikhlas.

MINUM AIR ZAM ZAM

Menghadap Kaabah, bacalah:

SA'IE

Syarat-syarat Sa’ie
  • Hendaklah dilakukan selepas melakukan tawaf.

  • Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.

  • Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali.

  • Hendaklah sa’ie sehingga sampai ke penghujung tempat sa’ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap pusingan.

  • Hendaklah sa’ie di tempat yang ditentukan sekarang.

  • Mengekalkan niat untuk ber-sa’ie sepanjang masa melakukan sa’ie itu.

Sunat-sunat Sa’ie
  • Keluar ke tempat sa’ie melalui Pintu Safa.

  • Menaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit.

  • Menghadap ke arah kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan sambil bertakbir setiap kali berada di atas Bukit Safa dan Bukit Marwah.

  • Berlari-lari anak bagi lelaki (tidak bagi wanita) apabila sampai di tempat yang bertanda lampu hijau.

  • Berturut-berturut (muwalat) antara pusingan sa’ie.

  • Suci daripada hadas besar dan kecil serta menutup aurat.

  • Berjalan, jika uzur maka boleh menggunakan kenderaan seperti kerusi roda.

  • Berdoa.

  • Berittiba‘.

1. Niat sa’ie

2. Sebelum memulakan sa'ie, bacalah doa ini:

3. Doa ketika bersa’ie

Bacaan pusingan pertama (1) - dari Safa ke Marwah:

Bacaan pusingan kedua (2) - dari Marwah ke Safa:

Bacaan pusingan ketiga (3) - dari Safa ke Marwah:

Bacaan pusingan keempat (4) - dari Marwah ke Safa:

Bacaan pusingan kelima (5) - dari Safa ke Marwah:

Bacaan pusingan keenam (6) - dari Marwah ke Safa:

Bacaan pusingan ketujuh (7) - dari Safa ke Marwah:

Berdoa di Bukit Marwah

TAHALLUL

Afdal bercukur atau bergunting di Marwah. Lebih afdal bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita, cukup sekadar bergunting sahaja. 

Bagi yang mahu bercukur licin, sunat baginya melalukan mata pisau di atas kepalanya. Sunat bergunting (jika memilih untuk bergunting) sekurang-kurangnya tiga helai rambut sepanjang kadar ruas jari kuku pada hujung mana-mana rambut yang digunting. Jika kurang daripada saiz itu masih dibolehkan. 

Dengan melakukan guntingan dan cukuran ini, maka terlepaslah jemaah daripada segala pantang larang dalam ihram umrah.

Doa tahallul:

Maka selesailah rangkaian ibadah umrah. Sebagai penutup kepada panduan umrah ini, dapat kami simpulkan beberapa perkara penting yang perlu diingat oleh bakal jemaah yang akan menunaikan ibadah umrah:

  1. Umrah adalah ibadah yang sangat dianjurkan dalam agama Islam, dan memberi peluang yang sangat berharga bagi umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

  2. Persediaan rapi sebelum bertolak adalah sangat penting termasuk menjaga pengurusan, kesihatan dan kewangan. Ini akan membantu memastikan perjalanan umrah berjalan lancar.

  3. Semasa umrah, adalah penting untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang berlaku di Mekah dan Madinah, termasuk adab dalam beribadah dan berinteraksi sesama jemaah.

  4. Kesabaran adalah penting semasa umrah, kerana perjalanan ini boleh menjadi ujian fizikal dan emosi. Bertenang dan fokus kepada matlamat utama iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

  5. Jangan lupa untuk terus mendalami ilmu agama dan menjaga iman semasa dan selepas umrah. Ibadah ini seharusnya menjadi permulaan kepada perubahan positif dalam hidup kita.

  6. Akhir sekali, umrah adalah pengalaman spiritual yang luar biasa. Semoga Allah SWT menerima ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita, dan memberkati perjalanan umrah kita. Semoga kita semua dapat kembali dengan hati yang bersih dan dikurniakan keberkatan.

Semoga panduan umrah ini dapat membantu Sahabat IKHLAS merancang dan melaksanakan ibadah umrah dengan baik. Didaoakan agar Allah SWT meredhai segala usaha dan ibadah kita. Amin.


Baca pula How To Plan DIY Umrah

Related Articles

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,290
Exclusive
Card content

Umrah Exclusive Ustazah Asma' Harun

Special Program "Riyyadh Assolihin"

From MYR5,990
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850