Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

12/18/2023

Selepas mendapat pengesahan dokumen serta jadual perjalanan daripada agensi bertanggungjawab yang anda telah mendaftar, langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah mengemas barang-barang penting yang perlu dibawa.

Jangan risau, Ikhlas telah sediakan checklist untuk memudahkan anda menyemak barangan keperluan yang perlu dibawa untuk menunaikan ibadah umrah.

Berdasarkan perbezaan cuaca di sana dan juga mungkin faktor usia (mengikut kategori umur masing-masing) terdapat pelbagai barang keperluan yang anda perlu utamakan dan sediakan bagi melancarkan urusan anda semasa berada di tanah suci. Jadi, pastikan anda betul-betul semak dan mengikut checklist yang diberikan.

Di bawah ini adalah saranan senarai semak barangan untuk dibawa apabila menunaikan umrah yang disediakan oleh pihak Ikhlas.

tajuk_chechlist_pack_brg_Umrah.jpg

► Muat turun Checklist Lengkap Barangan Keperluan Umrah


BARANG PENTING KETIKA TRAVEL

Pasport dan Visa

Pengesahan sijil vaksinasi

Tiket penerbangan yang sah

Jadual perjalanan

Gambar berukuran pasport

Saudi Riyals (matawang Saudi)

Kad debit / kredit

Nombor telefon kecemasan

Sijil nikah (Bagi individu yang lakukan umrah bagi pasangan suami isteri)


BARANG PENTING UNTUK BERIBADAH

Al-Quran saiz poket / Al-Quran digital

Kompas kiblat

Senarai doa

Buku panduan umrah

Buku doa

Sejadah

Tasbih atau tasbih digital

TIP: Senarai nombor 1-4 boleh dijumpai di aplikasi IKHLAS.


PAKAIAN DAN KELENGKAPAN

Pakaian ihram

Safety pins / clips untuk ihram

Waist / neck bag

Pakaian yang selesa dan longgar

Selipar

Trainers / sneakers

Beg kasut / beg drawstring

Jaket (ketika musim sejuk)

Stoking

Kaca mata hitam

Tudung

Penyangkut baju (hanger)

TIP: Bawa pakaian bersesuaian mengikut musim dan keadaan cuaca.


PERALATAN ELEKTRIK

Seterika saiz kembara

Telefon tangan

Kad sim Saudi / aktifkan roaming

Digital travel scales

Pengecas telefon

Universal travel adaptor

Earphones / headphones

Extension cord / cable / lead

Portable fan/cooling device

Portable charger/power bank


PERALATAN MANDIAN

Alat mencukur

Pengetip kuku

Deodoran

Cermin kecil

Gunting kecil

Hand sanitiser

Tisu poket

Tuala bersaiz besar dan kecil

Pakaian dalam pakai buang

Sanitary pads / panty liners

Pelembab tanpa pewangi

Tisu basah tanpa pewangi (bagi kegunaan ihram)

Syampu dan perapi rambut tanpa pewangi

Sabun mandi tanpa pewangi (sabun buku atau cecair)

Ubat gigi / berus gigi tanpa pewangi (ketika di dalam waktu ihram)

Sikat rambut (untuk kegunaan luar waktu ihram)


UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan yang perlu diambil (sekiranya ada penyakit dan atas saranan doktor)

Krim Vaseline

Glukos

Krim pelindung cahaya matahari

Antibiotik

Kit pertolongan cemas

Ubat tahan sakit

Diarrhoea tablets

Oral rehydration salts

Travel sickness tablets

Salap bibir (lip balm) tanpa pewangi

Suplemen vitamin C

Ubat-ubatan untuk demam dan selsema

Krim / balm / losyen tanpa pewangi

Krim sakit otot

Krim pelembab tanpa pewangi

Plasters / blister plasters / bandages

Throat lozenges / spray dan ubat batuk


Jika anda berjaya melengkapkan kesemua daripada senarai di atas, anda pastinya sudah bersedia untuk menjadi tetamu rumah Allah SWT. Semoga perjalanan anda sekeluarga dipermudahkan dan memperoleh keberkatan-Nya.