Cara Menaiki Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Makkah

Ayu Nadirah

2024-08-15

Haramain High Speed Railway menjadi pilihan para jemaah umrah masa kini kerana menawarkan perjalanan kereta api laju antara kota Makkah dan Madinah. Di sini kami kongsikan panduan menempah tiket perjalanan sebelum anda berangkat pergi menunaikan ibadah umrah.

Tempahan Tiket Perjalanan

Tiket Haramain High Speed Railway (HHR) boleh anda tempah melalui laman web Haramain High Speed Railway atau pada aplikasi mobile mereka. Anda boleh menempah tiket perjalanan seawal dua bulan sebelum tarikh yang anda mahukan. Mereka mempunyai pilihan economy class dan business class mengikut kesesuaian bajet anda. Anggaran harga tiket satu arah untuk economy class adalah SAR 172 dan business class pula SAR 380. Menurut pengalaman para jemaah yang pernah menaiki HHR, anda perlu rajin dan kerap semak harga tiket kerana ada masanya mereka menawarkan diskaun berbaloi yang boleh mencecah sehingga 50 peratus!

haramain_high_speed_railway.png

Setiap penumpang pula hanya dibenarkan untuk membawa satu hand luggage dan satu luggage besar seberat 25kg. HHR menyediakan banyak waktu perlepasan yang boleh dipilih dari pagi sehingga ke malam. Setelah memilih waktu yang dimahukan, seterusnya anda boleh memilih kedudukan dan nombor tempat duduk. Masukkan pula butiran diri dan boleh terus membayar tiket bagi mengesahkan tempahan anda.

haramain_high_speed_railway_2.png

Sebelum bertolak ke stesen HHR, anda perlu terus mengenakan ihram di hotel. Kereta api akan melalui miqat dalam anggaran tujuh minit selepas bertolak. Usah khuatir kerana akan ada pengumuman apabila kereta api sudah sampai pada lokasi miqat Bir Ali. Setelah berniat umrah, maka anda wajib menjaga segala larangan dalam ihram sehinggalah selesai ibadah umrah anda.

Cara Menuju ke Stesen Haramain High Speed Railway

HHR membolehkan perjalanan dari Madinah ke Makkah hanya mengambil masa selama dua jam 20 minit sahaja. Ia ketara berbeza berbanding perjalanan menggunkan bas atau kereta dengan tempoh masa kira-kira lima ke enam jam. Selain itu, antara kemudahan yang tersedia adalah tandas dan kafe makanan ringan.

Perjalanan dari hotel Madinah menuju ke stesen HHR, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing yang disediakan seperti Careem, Bolt atau Yenny. Sebaiknya tiba awal di stesen supaya anda dapat menaiki kereta api laju ini tepat pada waktunya kerana masa menaiki adalah singkat dan sangat spesifik. Pantau skrin pada kereta api yang menunjukkan laluan, masa perjalanan dan stesen. Bersedia untuk berangkat keluar meninggalkan kereta api apabila anda tiba di destinasi anda.

Setibanya anda di Makkah, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bas percuma (bas no 7A) dari HHR menuju ke perkarangan Masjidil Haram. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Makkah Bus.

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan dengan baik, yang seterusnya melancarkan ibadah umrah anda. Semak pakej umrah serendah RM4,990 kini di ikhlas.com Umrah!

Related Articles

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Jelajah Muslim
Card content

5 Must-Visit Places in Jeddah

Afifah Iman

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR8,590
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Das’ad Latif

Exclusive Tazkirah with Distinguished Ulama

From MYR6,290
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,590
Ramadan
Card content

Umrah Ramadhan

Ramadhan 1447H

From MYR6,090
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,290
Exclusive
Card content

Umrah Exclusive Ustazah Asma' Harun

Special Program "Riyyadh Assolihin"

From MYR5,990
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR7,190
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR3,850