Bolehkah Bayar Zakat Akhir Tahun Di Negeri Lain?

Marini Mat Zain

2025-12-23

Menjelang penghujung tahun, ramai umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk menunaikan kewajipan zakat, sama ada zakat pendapatan, pelaburan dan perniagaan mahupun zakat harta. Namun begitu, dalam tempoh ini juga sering timbul kekeliruan apabila sesetengah portal zakat negeri ditutup lebih awal daripada jangkaan. 

Keadaan ini menyebabkan pembayar saat akhir merasa bimbang sama ada mereka masih boleh menunaikan zakat dengan sah, terutamanya apabila negeri pilihan mereka tidak lagi menerima bayaran. Persoalan yang sering ditanya ialah, bolehkah zakat dibayar di negeri lain sekiranya portal negeri sendiri telah ditutup? 

Jawapannya ialah ya. Dari sudut hukum, dibolehkan dan sah untuk membayar zakat di dalam negeri selain daripada negeri tempat tinggal, selagi bayaran tersebut disalurkan melalui amil zakat yang sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama. 

Sunnah membayar zakat harta adalah di negeri tempat kita bekerja, manakala zakat fitrah pula dibayar mengikut tempat kita menetap. Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya ingin menunaikannya di negeri lain. 

Sah atau tidak bayaran zakat bergantung kepada saluran yang digunakan, bukan kepada negeri tempat pembayar berada. Dalam konteks ini, ikhlas.com memainkan peranan penting sebagai platform zakat yang diyakini. 

Memandangkan ikhlas.com merupakan amil zakat yang sah dan dilantik bagi 11 buah negeri di Malaysia, pengguna mempunyai fleksibiliti untuk memilih negeri bagi pembayaran zakat mereka. Fleksibiliti ini amat membantu, terutamanya apabila terdapat perbezaan tarikh penutupan portal zakat antara negeri-negeri, khususnya menjelang hujung tahun kalendar 2025.

Template images for blog (1).jpg

Setiap negeri mempunyai garis masa dan tempoh pemprosesan zakat yang berbeza. Ada negeri yang menutup portal zakat lebih awal bagi memastikan urusan agihan dapat dilaksanakan dengan teratur sebelum tamat tahun. 

Melalui ikhlas.com, pengguna yang berdepan dengan situasi ini masih mempunyai pilihan yang sah. Sekiranya negeri pilihan telah ditutup, pengguna boleh memilih mana-mana negeri lain yang masih dibuka. Pendekatan ini memastikan kewajipan zakat tidak tertangguh dan dapat diselesaikan sebelum berakhirnya tahun, tanpa menjejaskan kesahihan ibadah tersebut.

Zakat bukan sekadar kewajipan tahunan, malah merupakan amanah yang perlu ditunaikan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Oleh itu, umat Islam disarankan agar tidak menunggu saat akhir untuk menunaikan zakat, terutamanya apabila terdapat perbezaan tarikh penutupan antara negeri. 

Dari rujukan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ibn Abbas R.A menjelaskan bahawasanya setiap kalimah صدقة di dalam al-Quran adalah lebih aula difahami dengan makna zakat yang wajib. Berzakat dapat membersihkan jiwa daripada sifat hasad dengki dan iri hati serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun mereka berbeza dari segi kemewahan dan kekayaan. Dan, Zakat itu tidak mengurangi harta. 

Sebagai kesimpulan, pembayaran zakat di negeri lain adalah dibenarkan dan sah selagi dilakukan melalui amil zakat yang diiktiraf. Dengan kemudahan yang disediakan oleh ikhlas.com, umat Islam mempunyai pilihan yang lebih fleksibel untuk memastikan kewajipan zakat mereka dapat disempurnakan tepat pada masanya.

Lunaskan zakat anda sekarang melalui ikhlas.com/zakat dan pastikan kewajipan anda ditunaikan sebelum berakhirnya 2025. Sertai Kempen Zakat Akhir Tahun - Zakat Fest 2025 bersama kami, dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti pakej Umrah, percutian di Turkiye dan banyak lagi.