Satu Amanah, Ganjaran Berganda di Zakat Fest 2025!
Afifah Iman
2025-10-23
Tunaikan Zakat Akhir Tahun anda bersama ikhlas.com. Sucikan jiwa, bantu Asnaf & raih ganjaran dunia akhirat melalui kempen Zakat Fest 2025!
Menjelang penghujung tahun ini, inilah masa terbaik untuk menyucikan harta dan memperolehi pahala yang berlipat ganda. Sertai Kempen Zakat Akhir Tahun - Zakat Fest 2025 bersama kami, dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti pakej Umrah, percutian di Turkiye, serta pelbagai hadiah mingguan yang pastinya bermanfaat!

Ganjaran Hebat Menanti Anda!
Dengan menunaikan zakat di ikhlas.com, anda berpeluang memenangi:
Hadiah utama
- Pakej umrah (full board) untuk seorang pemenang bertuah
- Percutian ke Turkiye (full board) untuk seorang pemenang bertuah
- 5x Tiket Penerbangan AirAsia untuk lima orang pemenang
Ratusan hadiah mingguan setiap minggu, kami memilih ratusan pemenang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti:
- Sesi spa eksklusif untuk memanjakan diri
- Baucar beli-belah daripada jenama popular
- Barangan eksklusif daripada ikhlas.com
dan pelbagai lagi kejutan istimewa! Jangan tunggu lagi! Tunaikan zakat anda hari ini, dan semoga anda menjadi salah seorang pemenang di Zakat Fest 2025.
Terma & Syarat Kempen Zakat Fest 2025
1. Penganjur dan Tempoh Kempen
Kempen Zakat Fest 2025 (“Kempen”) ini dianjurkan oleh Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (“Penganjur”). Kempen ini berlangsung dari 1 November 2025 (12:00 AM, Waktu Malaysia) hingga 31 Disember 2025 (11:59 PM, Waktu Malaysia).
2. Kelayakan
Kempen ini terbuka kepada semua warganegara dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
3. Mekanisme Penyertaan
Untuk menyertai, peserta hanya perlu membuat pembayaran zakat (sebarang jenis) dengan jumlah minimum yang tidak ditetapkan melalui platform rasmi Ikhlas.com:
- Laman web (ikhlas.com)
- Aplikasi mudah alih ikhlas.com
- Pasukan jualan korporat ikhlas.com
Setiap transaksi pembayaran zakat yang berjaya dalam tempoh kempen akan dikira sebagai satu (1) penyertaan.
4. Pemilihan Pemenang
Pemenang hadiah utama dan mingguan akan dipilih melalui cabutan rawak berkomputer daripada semua penyertaan yang layak.
Pemenang akan dihubungi melalui e-mel atau nombor telefon yang didaftarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tamat tempoh kempen.
Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan, penganjur berhak untuk memilih pemenang baru.
5. Hadiah-hadiah
Semua hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar ganti, atau ditebus untuk wang tunai.
Pakej pelancongan (umrah & Turkiye) tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pengendali pelancongan, termasuk tarikh perjalanan yang telah ditetapkan.
Visual hadiah yang dipaparkan pada bahan promosi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.
6. Hak Penganjur
Penganjur berhak untuk meminda, mengubah suai, atau membatalkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Keputusan Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.
7. Privasi Data
Dengan menyertai Kempen ini, peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan data peribadi mereka untuk tujuan yang berkaitan dengan Kempen selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyempurnakan tuntutan agama sambil berpeluang menunaikan ibadah suci. Kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2025, 11:59PM!
Bersedia untuk menyumbang? Tunaikan Zakat Anda Sekarang dan Sertai Cabutan!