Mengapa Pilih IKHLAS?

fidyah_usp_1.svg

1 airasia poin bagi setiap perbelanjaan RM4

zakat_usp_2.svg

Pengagihan yang telus dan dipercayai

zakat_usp_3.svg

Cepat, mudah dan senang

zakat_usp_4.svg

Keselamatan dan privasi terjamin

Bagaimana Ia Berfungsi

Pilih badan Zakat berdasarkan senarai yang tersedia.
Isikan semua maklumat yang diperlukan sebelum membuat pembayaran.
Anda akan menerima resit dalam talian melalui e-mel setelah pembayaran berjaya dibuat.

Badan Zakat

Nikmati mata ganjaran lebih and peluang menang tiket Umrah PERCUMA

W.P. Kuala Lumpur

Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Selangor

Lembaga Zakat Selangor

Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu

Kedah

Zakat Kedah

Pulau Pinang

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Negeri Sembilan

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Tulus

Johor

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Sarawak

Tabung Baitulmal Sarawak

Sabah

Majlis Ugama Islam Sabah

Kelantan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Perlis

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Zakat rakan kongsi

tulus.svg
aamoney.svg
aarewards-Logo.png

Rakan Kongsi

capital_A_black_red_(1)_2.png
AirAsia_X_Logo.svg.png
RedBeat-logo-new.png
logo_mobile.png
sp-g-insurance-brokers_owler_20200106_151812_original.png

Soalan Lazim

Apakah pengertian zakat fitrah?

Zakat Fitrah adalah suatu bentuk zakat yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam di bulan Ramadan. Bertujuan menyucikan jiwa mereka dan juga menampung kekurangan pada ibadat puasa Ramadan, kerana puasa yang sempurna bukan hanya menahan diri dari makan dan minum, tetapi juga dari perkara-perkara yang tiada faedah. Zakat Fitrah juga disebutkan sebagai 'sedekah fitrah'.

Apakah dalil pensyariatan?

QURAN
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk."
(Surah Al-Baqarah ayat 43)

HADIS
Daripada Ibn Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedekah seperti sedekah-sedekah yang lain.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Zakat Fitrah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah, tahun yang sama disyariatkan berpuasa Ramadan.

Apakah hukumnya?

Diwajibkan kepada semua muslim tanpa terkecuali, baik dewasa maupun anak-anak, laki-laki atau perempuan, merdeka ataupun hamba sahaya yang masih memiliki bekalan sehingga Hari Raya Puasa.

Siapakah golongan yang wajib membayarnya? Apakah syarat yang mewajibkannya?

i. Beragama Islam
Zakat fitrah hanya diwajibkan kepada orang yang beragama islam.

ii. Menjumpai dua waktu
Adapun yang dimaksudkan dengan dua waktu ialah akhir bulan Ramadan dan malam Eidul Fitri (malam 1 Syawal).

iii. Memiliki kemampuan
Apabila seseorang memasuki awal bulan syawal (malam hari bulan syawal) dan mempunyai makanan yang cukup untuk dirinya dan untuk orang yang berada di bawah tanggungannya, dan makanan tersebut juga cukup untuk dibayarkan sebagai zakat fitrah untuk dirinya dan untuk orang-orang yang dibawah tanggungannya.

Apakah hikmahnya?

i. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

ii. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

Apakah kadar bayarannya?

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

Bilakah waktu membayarnya?

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal

Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal

Bagaimanakah kutipan zakat fitrah diuruskan?

Pengagihan zakat fitrah itu diutamakan bagi golongan fakir dan miskin, kemudian kepada mereka yang lain daripada asnaf zakat yang lapan. Dalam konteks Negara Malaysia, kaedah pembayaran zakat fitrah ditentukan oleh institusi-institusi agama yang telah diberi kuasa.

Apakah Tulus Digital? Bagaimanakah bentuk kerjasama antara IKHLAS dan Tulus Digital?

IKHLAS telah bekerjasama dengan Tulus Digital, sebuah syarikat fintech sosial Islam yang menyediakan fasilitasi pembayaran beretika, bagi menjalankan pengumpulan bayaran Zakat melalui 'Tulus Payment Exchange' di ikhlas.com, sejajar dengan tujuan kami untuk memudahkan masyarakat Muslim dengan memberikan akses yang tidak tertanding dalam menyempurnakan amal ibadat.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh IKHLAS berkaitan dengan Zakat?

IKHLAS, dengan kerjasama Tulus Digital, menyediakan kemudahan pembayaran buat organisasi Zakat terpilih termasuk Wilayah Persekutuan, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah, dan Sarawak.

Adakah pembayaran zakat akan dikembalikan?

Semua transaksi untuk segmen Zakat tidak boleh dikembalikan setelah berjaya diurus niaga.

Bagaimanakah boleh saya hubungi IKHLAS untuk sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan dengan Zakat melalui ikhlas.com?

Maklum balas dan pertanyaan anda adalah penting bagi kami. Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected] dengan menyatakan nama anda, alamat e-mel yang digunakan untuk transaksi FPX, ID transaksi FPX (dari e-mel FPX kepada anda setelah transaksi), jumlah pembayaran serta tarikh transaksi dibuat.

Bolehkah resit yang dikeluarkan oleh FPX dan/atau Tulus Digital digunakan untuk tujuan pemotongan cukai?

Tidak. Hanya resit rasmi dari organisasi Zakat yang dapat digunakan untuk tujuan pemotongan cukai. Anda mesti menghubungi organisasi Zakat secara langsung untuk meminta resit rasmi.

Bagaimana cara mendapatkan resit rasmi dari organisasi Zakat?

Setiap organisasi Zakat akan dapat memberikan resit rasmi pembayaran Zakat melalui Tulus. Anda harus menghubungi organisasi Zakat secara langsung untuk memohon resit rasmi.