Labbaikallah humma labbaik

IBADAH UMRAH

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلملْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ

Maksudnya: “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagiMu.”

Kami bergerak meninggalkan kota madinah dengan perasaan sedih dan rindu. Kami berjanji bahawa kami akan kembali lagi. Tunggu kami wahai Rasulullah.

Pernah satu ketika Rasulullah bermimpi mengerjakan Umrah dan kemudian Nabi dan para rombongan bergerak menuju ke Mekah. Baginda berhenti di Dzul Hulaifah, untuk bermiqat. Ya! Disini jugalah kami berhenti untuk memasang niat umrah dan ihram bagi menyahut panggilan Allah.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas mengambil masa selama 6 jam. Perjalanan yang sungguh jauh, lebih jauh dan lama lagi tempoh perjalanan Nabi dan Abu Bakar dalam misi hijrah mereka ke Madinah. Waktu-waktu didalam bas sentiasa dipenuhi dengan bimbingan dan perkongsian ilmu dari mutawwif dan mutawwifah kami.

Sampai sahaja di Mekah, alhamdulillah bilik bersih, besar dan selesa utk kami sekeluarga. Kami menginap di Hotel Dar Al-Eiman yang terletak didalam Safwah Tower. Sangat-sangat dekat dengan Masjidil Haram. Turun sahaja eskalator, dah smpai dah dataran masjid.

Mutawwif membimbing kami dari awal hingga akhir bagi memastikan kami semua dapat melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna. Bimbingan yang meninggalkan kesan didalam hati kami semua. Bersyukur kepada Allah kerana perjalan kali ini penuh dengan keseronokan beribadah kepada Allah.