Shopping!

Membeli belah (Kumpulan Wanita)



Membeli belah? Jom saya kongsikan. dekat mana nak membeli belah? Ye la, dah jalan jauh-jauh tak kan tiada buah tangan untuk orang di Malaysia kan.. sebenarnya banyak tempat nak membeli belah tapi syarikat kami telah susun jadual bila waktunya, dimana tempatnya dan apa yang sesuai untuk membeli belah. Jadual membeli belah pulak sangat tidak mengganggu waktu ibadah kita disana. Paling best bila dapat membeli belah banyak tapi boleh lagi berjimat. jom kita tengok satu-satu tempat membeli belah yang mutawif kami bawa

Madinah

Ziarah di sekitar Masjid Nabawi hanya memakan masa setengah hari. Ya! Selesai sahaja ziarah sekitar Masjid Nabawi, mutawwif bawa kami ke tempat membeli belah. Sangat sesuai waktunya apabila dah penat berjalan sambil menghayati setiap sirah dan ibrah di lokasi bersejarah, kita beli jiwa kita semula dengan membeli belah. Kat mana? PASAR BILAL! disitulah terdapat bermacam jenis barang cenderamata untuk dibawa pulang. Bermula dengan harga serendah 2 riyal sehinggalah berharga ribuan riyal. Masa inilah kita akan dengar pak arab mengajak masuk ke kedai mereka dgn menyebut riyalen riyalen. Dua riyal dua riyal. Syok kan.

“Kami nak cari jubah ustaz” “Kami nak cari abaya ustazah”. Boleh, tak kan tak boleh.. mutawwif kami membawa kami ke satu lagi lokasi membeli belah iaitu di Taiba Comercial Complex / Abraj Taiba. Mutawwif kami pesan, masuk baca bismillah, sebab apa? minta moga Allah buka mata dan hati untuk kita jumpa jalan keluar. Haha. harga tersangatlah menarik. Abaya bermula dari harga 30 riyal. Menarik bukan! Tempat lain ada jual juga tapi tak dapatlah harga macam tu.

Mekah

Banyak lokasi pilihan membeli belah yang ada di Mekah antaranya Jalan Misfalah & Menara Safwa. Jika di jalan Misfalah, ada beberapa kedai cenderamata dengan tawaran harga yang menarik. Bukan itu sahaja, di Jalan Misfalah juga terdapat kedai Air Tebu yang popular dengan Jemaah dari Malaysia. Nikmatnya air tebu Mekah tiada bandingannya. Jika di Menara Safwa pula, aras bawah dan aras 2 adalah kedai-kedai menjual jubah dah pakaian manakala aras 3 adalah lot kedai makan termasuklah restoran yang menghidangkan hidangan malaysia. Terubat kerinduan kami dengan makanan Malaysia. Alhamdulillah.

Jeddah?

Persinggahan terakhir sebelum keberangkatan pulang adalah di Jeddah. Ha? membeli belah lagi? Ya lokasi membeli belah yang lebih menarik adalah di Jeddah. Ada beberapa tempat menjadi pilihan mutawwif iaitu di Al Balad Corniche, Red Sea Mall, Al Mahmal Center, Wholesale Market Jeddah, Abaya Market, Flamingo Park, Faisaliyah Shopping Center. Didalam pasaraya ini juga ada satu kedai yang sangat popular dengan Jemaah Indonesia iaitu kedai yang menjual bakso. Dalam perjalanan dari Jeddah ke Lapangan Terbang, hati kami berbunga-bunga, kami pulang dengan tangan yang penuh dengan cenderahati!


Sebenarnya, disetiap lokasi ziarah ada kawasan membeli belahnya. Termasuklah di Jabal Rahmah, Masjid hudaibiyah, Masjid Jaaranah dan sebagainya. Kekacang, kurma, tasbih dan cenderahati semuanya ada. “Jika haji ada melontar jamrah, umrah ada melontar riyal, duit arab dilontar kepada penjual dan penjual melontar barang yang dibeli kepada kami” seloroh ustaz memecah kesunyian didalam bas. Haha. terbaik ustaz yang membimbing kami kali ini.