Pilihan Tepat Kami

IKHLAS PILIHAN YANG TEPAT

 

Bimbingan dari hati ke hati pasti menjadi sejarah yang akan dikenang. Mutawwif & mutawwifah yang sangat berpengalaman dalam bimbingan ibadah umrah dan ziarah sepanjang disana. Itulah apa yang saya dapat katakan dalam perjalanan suci kali ini

Bermula dari KLIA, kami disambut dengan petugas-petugas IKHLAS yang merupakan syarikat pilihan saya kali ini. wah meriah rasanya. Kami dibantu sepenuhnya dalam urusan check in sehingga selesai. Selesai sahaja semua bagasi di daftarkan, kami diberi taklimat oleh Mutawwif kami. Wah! Mutawwif kami bukan biasa-biasa tau. Tersangatlah mesra dan dari awal lagi kami semua dididik sebagai sebuah keluarga. Rasa macam layanan VIP untuk umrah kali ini.

Selepas diagihkan boarding pass. kami siap sedia untuk boarding, bacaan doa mengiringi perjalanan kami agar lebih berkat dan dirahmati Allah. Mutawif kami bernama ustaz Hazmi akan bawa kami dari sini. Selalunya jemaah umrah dilepaskan di pintu perlepasan antarabangsa sahaja. Tapi kali ini kami diiringi sehingga ke pintu kapal terbang oleh pegawai syarikat umrah yang kami gunakan. Betul-betul rasa macam group VIP. Bila ada pagawai yang iring sehingga pintu kapal terbang, semua urusan di imigresen dan kastam menjadi lebih mudah dan teratur. Pergerakan juga dalam berkumpulan dan kami bergerak bersama-sama.

 

Seronoknya syarikat umrah saya kali ini, mereka ini suka beri kejutan kepada kami kerana apabila kami disambut oleh petugas mereka setibanya kami di Airport Madinah. Kami terus menaiki bas yang dah tersedia di luar terminal. Teringat saya kisah bagaimana penduduk Madinah menanti ketibaan Rasulullah setibanya rombongan Hijrah ke Madinah. Kejutan seterusnya, kami tidak perlu menunggu lama semasa kami tiba di Hotel Madinah kerana petugas mereka sekali lagi telah menunggu ketibaan kami dengan kunci bilik. Dengan kepenatan 8 jam penerbangan dan 1 jam perjalanan menaiki bas, kami terus dapat masuk ke bilik masing-masing untuk luruskan badan dan bersiap sedia untuk ziarah pertama kami. Ziarah Nabi. Ye la dah masuk rumah orang, kena lah jumpa tuan rumah dulu kan. Smooth je kan? first impressions kami sangat beruntung memilih syarikat ini untuk membimbing kami.

Masa kami tidak ada yang berlalu tanpa pengisian. Mutawwif kami tersangatlah hebat! Sentiasa memberi kami nasihat dan perkongsian agama sepanjang bersama kami.