Hotel Durrat Al Eiman terletak hanya 150 meter dari Masjid Nabawi. Para tetamu boleh makan di restoran di lokasi. Semua bilik berhawa dingin dihiasi dengan warna-warna terang dan perabot kayu. Ia juga mempunyai TV skrin rata, peti deposit keselamatan dan bar mini. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran mandian dan pengering rambut. Perkhidmatan bilik juga disediakan di tempat penginapan ini. Terdapat kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Terdapat bilik untuk orang yang mempunyai keperluan audio-visual dan kinestetik Dilengkapi dengan semua peralatan yang diperlukan seperti yang ditetapkan dalam piawaian Kementerian Pelancongan.
Berbukit
Sertailah perjalanan rohani yang tak akan terlupakan sepanjang hayat dengan pakej 12 Hari 10 Malam kami.
Nikmati keagungan ilahi Madinah selama 5 malam, merasai suasana suci Makkah selama 5 malam yang lain, dan sempurnakan pengabdian anda bukan hanya dengan satu, bukan dua, tetapi tiga ziarah Umrah yang penuh makna.
Nikmati hidangan Fullboard terbaik, menikmati kelezatan iman dan memelihara jiwa. Sertailah kami dalam pengembaraan luar biasa ini, di mana setiap detik akan meninggalkan kesan abadi di dalam hati anda.
"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: “Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah Al-Anfal ayat 9)
ما دفن نبي إلا في مكانه الذي توفي فيه
Para Nabi dikebumikan di tempat mereka wafat"( Al-muwatta 1/231)
Al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Ibn Abbas RA berkata,
"Setiap kali Rasullah SAW melalui kawasan perkuburan penduduk Madinah,baginda akan mengucapkan:
السلام عليكم يا أهل القبور،يغفر الله لنا ولكم.
Ertinya "Selamat sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur,semoga Allah mengurniakan keampunan-Nya keatas kami dan keatas kamu."(Sunan Al-Tarmizi no 973)
ما بين بيتي ومنبري روضة من رياض الجنة،ومنبري على خوضي
Ertinya "Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga.Dan terletaknya mimbarku di atas kolamku".
Sila ambil perhatian waktu yang ditetapkan untuk memasuki Raudhah
Untuk lelaki, sesi pagi adalah dari 1 pagi hingga solat Subuh, dan sesi petang adalah dari solat Zohor hingga solat Isya.
Untuk wanita, sesi pagi adalah dari 6 pagi hingga 11 pagi dan sesi petang adalah dari 9.30 malam hingga 12 tengah malam.
Sila maklum bahawa tempahan melalui aplikasi Nusuk kini menjadi wajib untuk memasuki Raudhah.
Masjid Quba merupakan masjid terbesar kedua di Madinah selepas Masjid Nabawi."Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (masjid Quba)" (Surah Taubah 109)
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai.
Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan." (Surah Baqarah ayat 144)
Melawat Jabal Uhud, yang memiliki ketinggian sekitar 1.050 meter. Lokasinya sekitar 4,5 kilometer di sebelah utara kota Madinah, Arab Saudi.
أثبت أحد فإنما عليك نبي،وصدّيق،وشهيدان.
"Ertinya: Diam Uhud,sesungguhnya berada di atas engkau seorang Nabi,seorang yang benar(Siddiq) dan dua orang syahid".(Sahih Bukhori no 3675).
"Pada hari peperangan Ahzab (Khandak) Rasullah SAW telah berdoa sebanyak tiga hari iaitu pada hari Isnin,Selasa dan Rabu,di kedudukan masjid sekarang ini agar Allah SWT mengalahkan tentera Ahzab dan Allah SWT telah mengabulkan perintaan tersebut pada hari ketiga iaitu hari Rabu". (Al-Musnad 3/332)
Ladang kurma merupakan destinasi yang popular dan biasa dikunjungi oleh para jemaah haji untuk membeli pelbagai jenis kurma dan berbelanja barang lain juga.
Di dalam hadis Nabi SAW bersabda "Apabila kamu berbuka puasa,maka hendaklah kamu berbuka dengan tamarkerana sesungguhnya tamar ada keberkatannya".(Musnad Ahmad 26/163)
Disyorkan untuk memperbanyakkan masa di Masjid Nabawi dan beriktiqaf.
Muzdalifah adalah suatu kawasan dari kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah di Arab Saudi.
"Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah)".(Al Baqarah 198)
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya".(Surah Al-A'laq 1-5)
Pakej Termasuk:
• Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi [Kul/Jed] Pergi Dan Balik Termasuk Cukai Penerbangan, Cukai Lapangan Terbang Dan Surcaj Bahan Api.
• 20kg Bagasi (Kul/Jed) - 30 kg Bagasi (Jed/Kul)
• 5 Malam Penginapan Di Madinah
• 5 Malam Penginapan Di Mekah
• Cukai Lapangan Terbang Dan Surcaj Bahan Api.
• Penginapan, Makan Dan Minum Seperti Yang Akan Dinyatakan Di Dalam Aturcara
• Pengangkutan Dengan Bas Untuk Lawatan Dan Perjalanan Seperti Di Dalam Aturcara.
• Visa Umrah
• Set barangan exclusive IKHLAS
Pakej Tidak Termasuk:
• Penggantian Bagasi/ Barangan Peribadi Yang Hilang Di Mana-Mana Lokasi Sepanjang Perjalanan Dan Lebihan Timbangan Bagasi.
• Sebarang Perubahan Kadar Matawang Asing Dan Kenaikan Harga Tiket Penerbangan, Cukai Lapangan Terbang Dan Surcaj Bahan Api.
• Sim Kad
• Program Lawatan Atau Aktiviti Ke Tempat Yang Tidak Dinyatakan Dalam Pakej.
• Makan Dan Minum Yang Tidak Dinyatakan Dalam Pakej.
• Visa Umrah Dan Cas Endorsement Bagi Warganegara/Bukan Warganegara Seperti Penambahan Kontrak Passport, Penambahan Permit, Cop Di Kedutaan Negara, Cop Pesuruhjaya Sumpah Dan Cop Wisma Putra.
Terma & Syarat:
• Harga Untuk Penginapan, Tiket Penerbangan, Cukai Lapangan Terbang Dan Surcharge Bahan Api,
Tertakluk Kepada Pindaan Dan Perubahan Dari Masa Ke Semasa Tanpa Notis.