Tentang Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya Dan Kuala Lumpur
Memerlukan sumbangan bagi membantu pengusaha bas sekolah bagi aktiviti mengambil dan menghantar pelajar-pelajar dari awal persekolahan hingga ke peringkat pengajian tinggi atau menara gading. Perkhidmatan dari pintu rumah ke sekolah dan pintu institusi pengajian dan juga sebaliknya. Perkhidmatan logistik ini sangat terkesan akibat daripada penularan kes COVID 19, dan sebahagian daripada pemandu-pemandu bas kehilangan punca rezeki.
Dengan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berjalan sejak Mac 2020, ianya memberikan kesan yang amat buruk dari segi kewangan kepada ahli-ahli persatuan.
Persatuan mengambil langkah pro-aktif untuk memperjuangkan nasib para ahli dengan pihak kerajaan dan dalam masa yang sama, turut mencari sumber dana untuk membantu ahli-ahli dari segi bantuan makanan, persediaan untuk membaik-pulih kenderaan apabila sekolah dibuka semula dan juga bantuan sokongan emosi kepada ahli-ahli.
Nama Penuh : Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya Dan Kuala Lumpur
Nombor Pendaftaran : PPM-002-10-22072004.
No tel: 019-3092922 ( Tuan Haji Harun )
Alamat: No.3, Jalan BK5B/1B, Bandar Kinrara, 47180 Puchong Selangor.
Negeri : Selangor