Tentang Masjid Al-Bukhary
Pembangunan masjid ini adalah untuk menggantikan Surau Babul Jannah yang telah berusia 147 tahun dan telah pun dimakan usia. Masjid ini kemudian telah dinamakan sebagai Masjid AlBukhary mengambil sempena nama keluarga Pengasas Yayasan AlBukhary. Masjid ini dibina di atas tapak seluas 1 ekar di Lot 192, Seksyen 56, Mukim Bandar Kuala Lumpur. Asalnya adalah tanah surau lama dan sebahagiannya tapak perkuburan Islam yang diwakafkan oleh DYMM Sultan Selangor iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad pada tahun 1860. Almarhum Baginda Sultan telah mengamanahkan Allahyarham Syed Lal Shah Albukhary untuk membangunkan serta menjaga surau ini yang telah diberi nama Babul Jannah.
Lokasi:
Berada di Jalan Hang Tuah dan berdekatan Stesen RapidKL Hang Tuah, Stesen Monorail Hang Tuah, Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur, Times Square dan Penjara Pudu.
Perasmian:
SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL
Butiran Masjid
- Nama Penuh: Masjid Al-Bukhary
- No. Pendaftaran: JAWI/5/005/1/88
- No. Telefon: +6019 836 2993 (Ustaz Lutfi)
- Alamat: 1, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- Poskod: 55200
- Negeri: Wilayah Persekutuan