INFAQ RAMADHAN
Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, kami ingin mengajak anda semua untuk berinfaq dalam menampung perbelanjaan dengan memberikan hidangan bersahur dan berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa. Selain daripada menggandakan solat, membaca Al-Quran dan amalan lain, janganlah kita melepaskan peluang untuk menggandakan amalan sedekah ini.
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi )
Subhanallah !! Sangat besar ganjaran untuk orang yang suka bersedekah. Ayuh, kita bersama-sama ringankan tangan untuk hulurkan sumbangan sedekah selagi hayat masih dikandung badan. Sesungguhnya, kita tidak tahu adakah ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Jadi janganlah kita melepaskan peluang ini untuk kita manfaatkan sebaiknya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita berikan senyuman kepada mereka yang memerlukan seperti asnaf, anak yatim dan mereka yang gelandangan.
"Bersedekah yang paling utama adalah bersedekah di bulan Ramadhan."
(Riwayat At-Tarmidzi)

Tentang Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
MAHAR, umumnya telah terlibat secara aktif dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan sejak penubuhannya. Pelbagai inisiatif diterbitkan MAHAR bagi membantu rakyat yang memerlukan dalam mendepani pandemik Covid-19 diantaranya ialah menyampaikan sumbangan berupa pakaian untuk gelendangan yang ditempatkan di penempatan sementara yang disediakan oleh DBKL, menyediakan sumbangan pek makanan yang dimasak sendiri bagi diedarkan kepada golongan kurang pendapatan sekitar Lembah Klang, menyumbangkan pek juadah iftar Ramadan untuk para petugas di HKL & PPUM, rumah anak-anak yatim dan juga golongan asnaf, meyumbangkan perkakas penyucian individu untuk petugas barisan hadapan Ops Penawar Covid19, menyampaikan sumbangan kit pelindung muka (faceshied) untuk para petugas barisan hadapan.
MAHAR juga telah menjejaki keluarga miskin bandar dan menghulurkan bantuan makanan asas. Di samping masyarakat tempatan, MAHAR juga prihatin dengan kekangan yang dihadapai oleh warga asing. MAHAR berjaya menyelamatkan warga asing yang kebuluran susulan kehilangan punca pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .
MAHAR dan IKHLAS akan menjalankan program pengagihan kepada wira barisan hadapan, rumah kebajikan, keluarga asnaf, pelajar, keluarga pelarian dan gelandangan. Makanan yang disediakan akan dibeli dari peniaga gerai, peniaga pasar malam dan restoran yang terkesan dengan pandemik supaya kita sama-sama dapat membantu membangunkan perniagaan mereka semula.