INFAQ RAMADHAN
Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, kami ingin mengajak anda semua untuk berinfaq dalam menampung perbelanjaan dengan memberikan hidangan bersahur dan berbuka puasa untuk mereka yang berpuasa. Selain daripada menggandakan solat, membaca Al-Quran dan amalan lain, janganlah kita melepaskan peluang untuk menggandakan amalan sedekah ini.
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)
Subhanallah !! Sangat besar ganjaran untuk orang yang suka bersedekah. Ayuh, kita bersama-sama ringankan tangan untuk hulurkan sumbangan sedekah selagi hayat masih dikandung badan. Sesungguhnya, kita tidak tahu adakah ini Ramadhan yang terakhir buat kita. Jadi janganlah kita melepaskan peluang ini untuk kita manfaatkan sebaiknya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita berikan senyuman kepada mereka yang memerlukan seperti asnaf, anak yatim dan mereka yang gelandangan.
"Bersedekah yang paling utama adalah bersedekah di bulan Ramadhan."
(Riwayat At-Tarmidzi)
Tentang kitajaga.co
kitajaga.co telah dilancarkan pada awal bulan Julai 2021, dengan sasaran untuk membantu individu dan keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19, sewaktu di tengah-tengah kehangatan kempen #kibarbenderaputih.
kitajaga.co telah dibangunkan oleh perusahan tempatan yang dibarisi oleh anak-anak muda di Terato Tech dengan konsep pengibaran bendera putih secara digital, yang memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bantuan atau memberikan bantuan.
Platform ini berkesan kepada mereka yang memerlukan bantuan tetapi tidak boleh bergerak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga status fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Platform ini memudahkan mereka yang ingin membantu supaya mengetahui lokasi penerima bantuan dengan mudah melalui geo-lokasi di platform ini.
Tentang Kempen ini
Sejak dilancarkan pada bulan Julai 2021, kitajaga.co merekodkan sebanyak 100,000 bendera putih dikibarkan secara digital di platform, tetapi dengan hanya 50% kes telah dibantu oleh para penderma berdaftar di platform.
Kempen ini dilancarkan untuk membantu mereka yang menaikkan bendera putih secara digital dimana mereka ini benar-benar memerlukan dengan kesan pandemik COVID-19, tetapi tidak menerima bantuan yang dipinta.
Kebanyakan bantuan dan perhatian diberikan kepada kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Cheras, Bangi, Shah Alam, Klang, Butterworth, dan Johor Bahru, tetapi kita mendapati bantuan dan perhatian yang diberikan adalah sedikit di kawasan luar bandar yang mana banyak keluarga di sana berada dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan segera tetapi para penderma yang berdaftar amat minima.
Dalam semangat #KitaJagaKita, IKHLAS dan kitajaga.co bekerjasama dan memohon rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk memberikan sumbangan anda boleh supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan, terutama di luar bandar atau kawasan yang telah dikenal-pasti kekurangan orang yang mendaftar sebagai penderma di platform.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpulkan RM50,000 sebulan yang akan digunakan untuk membeli barang keperluan asas dan makanan siap untuk keluarga dan individu yang terjejas terutamanya yang menaikkan bendera putih, pada masa yang sama, menyokong perniagaan tempatan.