
Ribuan meninggal dunia. Bangunan runtuh menyembah bumi. Mereka sangat perlukan kita sekarang.
“Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah SWT akan melapangkannya daripada kesusahan di hari Kiamat" - [HR Muslim]
Pada 6 Februari, gempa berukuran 7.8 skala ritcher telah menghentam bumi Turkiye dan Syria saat jutaan rakyat mereka sedang beristirehat. Gegaran itu dirasai sehingga ke negara jiran seperti Lubnan, Palestin dan Iraq.
Gempa tersebut telah meranapkan ratusan bangunan kediaman, hospital dan banyak lagi. Ada yang dapat melarikan diri, namun ramai juga terkorban dan masih hilang dibawah runtuhan bangunan. Setakat 7 Feb (Selasa), lebih 7800 orang yang dilaporkan meninggal dunia.
Keadaan menjadi lebih mendesak kerana musim sejuk hampir tiba. Orang ramai terpaksa membakar serpihan-serpihan runtuhan untuk mencuba memanaskan badan sedang bantuan tiba.
Inisiatif ini dilancarkan untuk membantu mereka yang terkesan dengan gempa tersebut dengan menyediakan tempat tinggal sementara, makanan, bantuan kesihatan dan rawatan serta bantuan kewangan hasil dari kutipan.
Jangan biarkan mereka menghadapi musibah ini tanpa kita. Bantu sekarang!
100% derma yang dikutip akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Turkiye dan Syria.