Tentang Kempen Ini
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya." (Surah Al-Isra' : 1)
Pada 7 Oktober 2023, Israel telah melancarkan serangan terhadap Baitul Maqdis dan sejak itu serangan berterusan dilepaskan di darat dan udara yang mensasarkan ke Semenanjung Gaza. Jumlah angka kematian akibat daripada serangan bertubi-tubi itu dilaporkan meningkat pada tahap luar biasa sepanjang konflik Israel-Palestin yang telah berlangsung berdekad lamanya dengan 2.3 juta rakyat Palestin kini kehabisan bekalan makanan, air dan perubatan sejak Israel menutup wilayah tersebut.
Krisis kemanusiaan ini memerlukan sokongan umum. Bersama dengan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), ikhlas.com mengambil inisiatif dan merancang untuk menghantar bantuan ke Gaza dan kami MEMERLUKAN sokongan anda. Salurkan derma kepada tabung IKHLAS for Palestine dan sertai usaha kami untuk menggerakkan bantuan kecemasan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Sertai kami dalam perjuangan kemanusiaan untuk Palestin. 100% kutipan derma yang dikumpulkan menerusi kempen ini akan disalurkan kepada rakyat Palestin yang memerlukan.
Mengapa bantuan masih diperlukan setelah sekian lama?
Sehingga hari ini, rejim Zionis masih melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin. Dalam setiap serangan yang dilancarkan, ia pasti akan mengakibatkan korban; ramai para isteri menjadi balu dan ramai kanak- kanak menjadi yatim piatu akibat kekejaman Zionis. Maka, masyarakat tempatan hanya mampu membawa diri ke Masjid Al-Aqsa dan berkumpul di sana mengharapakan bantuan dan perlindungan.
Namun masyarakat Palestin tidak pernah berputus asa dan melalui dana yang diterima, mereka akan membina kawasan penempatan yang baru dan juga klinik perubatan. Dana yang dikumpulkan ini adalah untuk menyediakan bahan binaan selain alat perubatan untuk mereka yang terkesan.
100% derma yang dikutip akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.
Tentang Penganjur Kempen
MAHAR bermula sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu pelarian Palestin sejak 2016. Namun, MAHAR telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu para pelarian Syria di Malaysia juga. Program - program istimewa untuk pelarian Syria turut diadakan oleh MAHAR seperti membantu mereka mendapatkan permit untuk tinggal di Malaysia selain mendapat pekerjaan tetap.
Sehingga kini, MAHAR telah membantu 2,332 keluarga pelarian Syrian selain 200 keluarga pelarian Palestin, Rohingya dan juga Afghanistan. MAHAR masih menjalankan beberapa projek kemanusiaan di Gaza di mana mereka membantu penduduk Gaza membina hidup baru dengan membekalkan mereka dengan bantuan perubatan dan keperluan hidup asas.