Tentang Pertubuhan Kebajikan & Kemasyarakatan Seksyen 7 Shah Alam (PKKAS7)
Pertubuhan Kebajikan & Kemasyarakatan Asnaf Seksyen 7 Shah Alam (PKKAS7) adalah sebuah organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak bebas tanpa melibatkan mana-mana penglibatan parti politik. Ianya ditubuhkan dan diluluskan pada 5 April 2018.
Tujuan penubuhan Pertubuhan Kebajikan & Kemasyarakatan Asnaf Seksyen 7 Shah Alam (PKKAS7) adalah untuk membantu ahli-ahli pertubuhan dan juga masyarakat sekeliling dalam hal-hal kebajikan.
Tentang Kempen PKKAS7
Sejak pandemik COVID19 bermula pada Mac 2020, ahli-ahli PKKAS7 telah berjaya menjalankan pelbagai misi bantuan barangan keperluan asas seperti makanan, perubatan, wang sewa rumah dan pelindung diri dengan bantuan kewangan dari poket ahli-ahli sendiri dan juga sumbangan badan-badan korporat.
Antara penerima-penerima bantuan ini yang telah dikenal-pasti adalah keluarga asnaf, ibu tunggal, ahli keluarga yang sakit jangka panjang dan OKU serta keluarga yang kehilangan sumber pendapatan. Program-program ini djalankan bukan sahaja di Selangor, malah ke beberapa buah negeri yang lain ketika musim banjir seperti Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah.