Info Kempen
Dengan jumlah kes harian Covid-19 yang amat tinggi di Sabah dan banyaknya kawasan yang terjejas akibat wabak ini, masyarakat Sabah sangat memerlukan pertolongan dan sokongan daripada kita semua. Situasi ini menjadi lebih sukar kerana pihak berkuasa terpaksa menguatkuasakan sekatan ke atas perniagaan tempatan daripada dijalankan bagi membendung penularan wabak ini. Banyak perniagaan mungkin tidak akan terselamat melalui tempoh sukar ini sekiranya bantuan tidak diterima dalam masa yang terdekat.
Walaupun bantuan dan perhatian diutamakan kepada kawasan yang paling terjejas, masih terdapat kawasan dan komuniti lain yang sukar dihubungi atau terabai. Sejumlah besar keluarga di Sabah berada dalam keadaan yang sangat memerlukan, bukan hanya keperluan asas tetapi juga peralatan pelindung diri (PPE).
Atas semangat #KitaJagaKita, IKHLAS mengajak warga Malaysia menyumbang sebanyak mungkin yang boleh agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan, terutama di kawasan yang terabai.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpulkan dana sebanyak RM250,000 yang akan digunakan sepenuhnya untuk membeli barang keperluan asas dan pelitup muka bagi keluarga yang terjejas terutama di kawasan Kota Kinabalu dan Tawau, serta menyokong perniagaan tempatan pada masa yang sama.
Pesanan dari IKHLAS