Hari Arafah

5/24/2022

arafah.jpg

Hari Arafah

Hari Arafah adalah antara hari yang paling istimewa dalam Islam, dari sudut sejarah dan keistimewaannya. Oleh kerana itu, hari tersebut lazimnya dipenuhi dengan pelbagai amal kebaikan. Akan tetapi, masyarakat kini tidak lagi mengambil berat tentangnya dan Hari Arafah dibiarkan berlalu begitu sahaja. Dengan ini dibawakan sedikit dari sejarahnya dan fadhilatnya.

Antara Rukun Haji

Daripada Abdul Rahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Haji adalah Arafah”. (Riwayat al-Tirmizi)

Wukuf di Arafah adalah antara rukun haji, jika tidak dipenuhi maka tidak akan sah ibadat haji.

Hari Agama Disempurnakan

Khutbah Perpisahan telah disampaikan oleh Rasulullah SAW pada hari tersebut di Arafah. Khutbah tersebut merupakan khutbah terakhir baginda sebelum dijemput kembali kepada Allah SWT.

Pada ketika itulah diturunkan firman Allah,

Maksudnya: “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (Al-Ma’idah: Ayat 3)

Dengan turunnya firman ini, segelintir dari para sahabat menyedari bahawa Rasulullah SAW tidak lama lagi akan dijemput kembali kepada Allah SWT. Ini kerana tugasan baginda SAW telah disempurnakan.

Hari Penyaksian

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”, yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” (Riwayat Ahmad)

Keagungan Doa

Terdapat riwayat yang menyebutkan tentang tempat dan masa yang mustajab doa. Seperti ketika turunnya hujan dan doa di depan Kaabah. Hari Arafah menghimpunkan kedua-kedua perkara itu.

Kerana itu, Rasulullah SAW meluangkan masa yang sangat lama untuk berdoa di Arafah dan ketika Hari Arafah.

Daripada Sayyidina Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. (HR Tirmizi)

Puasa Arafah

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah,

Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. (HR Muslim)

Hari Pengampunan

Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. (HR Muslim)