Tip Umrah Aman dan Selesa untuk Pengguna Kerusi Roda
Nurul Atikah Sarji
2025-10-29

Menunaikan umrah bersama ibu bapa menggunakan kerusi roda adalah pengalaman yang sangat indah. Namun, ia memerlukan sedikit perancangan tambahan supaya perjalanan ibadah berjalan lancar dan selesai. Berikut merupakan lima tip umrah aman dan selesa untuk pengguna kerusi roda.

Pilih Hotel Berhampiran Masjid
Bagi jemaah yang membawa ibu bapa atau saudara yang menggunakan kerusi roda, utamakan penginapan yang jaraknya dekat dengan Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Ini memudahkan perjalanan ulang alik, terutama jika solat bermula dalam masa singkat. Malah, anda juga boleh memohon bilik di hotel yang ‘mesra OKU’.Walaupun mungkin kos penginapan sedikit mahal, tetapi ini sangat menjimatkan tenaga anda.
Kenali Laluan Mesra Kerusi Roda
Sebelum membawa jemaah yang berkerusi roda ke masjid, luangkan masa meninjau laluan tanpa tangga, pintu masuk lif, atau eskalator yang sesuai. Contohnya, di Masjidil Haram, iaitu Pintu Ajyad sering menjadi pilihan kerana aksesnya lebih mudah untuk kerusi roda.
BACA: 7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!
Ketahui Proses Masuk Masjid
Jemaah berkerusi roda biasanya menggunakan pintu masuk khas atau laluan sisi. Di Makkah, pengiring lelaki (anak atau suami) dibenarkan menolak kerusi roda sehingga ke kawasan ibadah / ruangan solat.
Tawaf di Tingkat Atas
Jemaah berkerusi roda boleh melaksanakan ibadah tawaf di tingkat 1 Masjidil Haram. Kawasan ini menyediakan laluan tawaf yang lebih luas serta mesra kerusi roda. Anda boleh merancang masa tawaf pada waktu kurang sesak, seperti ketika waktu Dhuha. Jangan lupa untuk menyapu losyen untuk mengelakkan kulit kering kerana udara di Makkah agak kering.
Saie
Setelah selesai ibadah tawaf, segeralah melaksanakan ibadah Saie di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Terdapat kawasan untuk jemaah berkerusi roda yang ingin melakukan Saie.
Secara kesimpulannya, jemaah yang menggunakan kerusi roda sebenarnya tidak perlu risau kerana kawasan Masjidil Haram sangat mesra kerusi roda. Sentiasa bertanya kepada Mutawif yang bertugas agar semua urusan jemaah dipermudah. Semoga perjalanan anda diterima dan dipermudahkan. Amin.
Related Articles
Packages

.png)





























.png)










