Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya
Nurul Atikah Sarji
2024-04-16
Umrah merupakan satu ibadah dan perjalanan spiritual bagi umat Muslim yang dilakukan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Walaupun Umrah tidak diwajibkan seperti ibadah Haji, namun ibadah ini memberi pahala yang banyak, serta memiliki pelbagai nilai, manfaat dan iktibar yang boleh kita ambil.
Berbeza dengan ibadah Haji yang hanya dilakukan pada bulan Zulhijah sahaja, tetapi ibadah Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi, salah satu waktu yang baik untuk menunaikan ibadah Umrah adalah pada bulan Syawal. Kenapa di bulan Syawal?
Bulan Syawal merupakan bulan untuk kita kembali kepada fitrah, bulan peningkatan dan pembuktian takwa setelah melaksanakan ibadah di bulan Ramadan. Selain itu, terdapat juga hadis yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melakukan ibadah Umrah di bulan Syawal.
Dari Aisyah RA:
"Sungguh Nabi Muhammad SAW pernah melakukan Umrah dua kali, iaitu Umrah pada bulan Dzulqaidah dan Umrah pada bulan Syawal.”
- Hadis riwayat Abu Dawud
Bulan Syawal merupakan bulan peningkatan. Walaupun bulan Ramadan telah berlalu, namun umat Islam perlu sentiasa bersemangat untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ibadah Umrah bukan sahaja mampu memperkuat ikatan dengan Tuhan, tetapi juga membawa berkah dan pahala yang besar bagi sesiapa yang mengerjakannya.
Umrah di bulan Syawal memiliki keutamaan yang boleh kita lihat. Pertama, bulan Syawal adalah bulan kembali kepada fitrah. Setelah sebulan berpuasa, bulan Syawal merupakan satu simbolik untuk kita membuka lembaran kehidupan yang lebih baik. Maka, ibadah Umrah akan pastinya menjadi kesempatan untuk umat Islam kembali kepada fitrah masing-masing.
Kedua, bulan Syawal merupakan bulan peningkatan. Setelah menjalankan ibadah puasa dan amalan-amalan lain di bulan Ramadan yang lalu, maka adalah lebih baik untuk kita melaksanakan ibadah Umrah pada bulan Syawal untuk kita terus meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Meskipun bulan Ramadan sudah pun melabuhkan tirai, kita juga perlu tahu bahawa Syawal juga merupakan bulan pembuktian takwa. Janganlah kita hanya lebih beribadah pada bulan Ramadan saja, tetapi kita perlu meningkatkan ketakwaan kita pada bulan-bulan lain juga.
- Semak pakej IKHLAS Umrah Syawal di sini.
Related Articles
Packages



























.png)

.png)









