7 Amalan Solat Sunat yang Disarankan di Tanah Suci

Nurul Atikah Sarji

2025-12-19

Apabila seseorang diberi peluang menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah, ia merupakan satu nikmat besar yang tidak semua orang berpeluang merasainya. Tanah suci merupakan bumi yang penuh keberkatan, tempat pahala dilipatgandakan dan doa lebih hampir untuk dimakbulkan.

Template blog atikah  (39).png

Oleh hal yang demikian, kita haruslah memanfaatkan masa sebaik mungkin, terutamanya dengan menghidupkan solat-solat sunat. Setiap amalan yang dilakukan di tanah suci bukan sahaja menambah pahala, malah ini juga dapat menguatkan lagi hubungan seorang hamba dengan Allah SWT.

Berikut merupakan tujuh solat sunat utama yang sangat digalakkan untuk diamalkan oleh para jemaah.

Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat ini dilakukan setiap kali melangkah masuk ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi, sebelum duduk atau melakukan ibadah lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa yang masuk ke masjid, janganlah dia duduk sehingga dia solat dua rakaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Solat ini dilakukan sebanyak dua rakaat seperti solat sunat biasa dan tidak mempunyai bacaan khusus.

Solat Sunat Ihram
Solat sunat ihram sangat berkait rapat dengan ibadah umrah dan haji. Rasulullah SAW diriwayatkan berihram selepas menunaikan solat. Solat ini dilakukan dua rakaat sebelum melafazkan niat ihram, sebagai persediaan rohani untuk memasuki ibadah yang suci dan penuh pengorbanan.

Template blog atikah  (40).png

Solat Sunat Tawaf
Selepas selesai melakukan tawaf, jemaah disunatkan menunaikan solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim, atau di mana-mana tempat di Masjidil Haram jika keadaan sesak.

Firman Allah SWT: 
“Dan jadikanlah Maqam Ibrahim itu sebagai tempat solat.” 
(Surah al-Baqarah: 125)

Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha sangat sesuai diamalkan di tanah suci kerana waktunya yang lapang dan susasanya yang tenang. Solat ini boleh dilakukan bermula dua rakaat sehingga dua belas rakaat dan menjadi tanda kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan setiap hari.

Solat Sunat Tahajjud
Jom kita menghidupkan malam dengan solat tahajjud memberi kesan yang sangat mendalam kepada hati, lebih-lebih lagi apabila dilakukan di Tanah Suci.

Allah SWT berfirman: 
“Bangunlah pada sebahagian malam dan kerjakan solat tahajjud sebagai ibadah tambahan bagimu.”
(Surah al-Isra’: 79)

Solat ini dilakukan selepas tidur, walaupun hanya seketika.

Solat Sunat Hajat
Ramai jemaah datang dengan doa dan harapan tersendiri. Solat sunat hajat menjadi wasilah untuk memohon pertolongan dan keperluan kepada Allah SWT. Ia dilakukan dua rakaat dan diikuti dengan doa bersungguh-sungguh mengikut hajat masing-masing.

Solat Sunat Taubat
Tanah Suci merupakan tempat terbaik untuk bermuhasabah dan kembali kepada Allah. Solat sunat taubat membantu membersihkan hati dan memohon keampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Rasulullah SAW bersabda: 
“Orang yang bertaubat daripada dosa seperti orang yang tidak mempunyai dosa.” 
(Riwayat Ibn Majah)

Kesemua solat sunat ini merupakan amalan yang wajar dihidupkan sepanjang berada di Tanah Suci. Rebutlah peluang ini sebaiknya kerana tidak semua insan diberi kesempatan menjejakkan kaki ke bumi yang paling mulia ini. Semoga setiap rakaat yang didirikan diterima oleh Allah SWT dan menjadi sebab turunnya keampunan, rahmat serta kasih sayang-Nya ke atas kita semua. 

Related Articles

Umrah
Card content

Teringin Umrah di Bulan Syawal? Ayuh Dalami Keistimewaannya

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Panduan Lengkap Melaksanakan Ibadah Umrah

Dhia Amjad

Umrah
Card content

Keistimewaan dan Lokasi Ziarah di Kota Taif

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tip Mudah Buat Umrah Bawa Anak Kecil

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Ketahui 10 Fakta Menarik Sejarah Masjid Quba

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Boleh ke Masuk Makkah Balik Hari?

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Kini: Hukum Mencium Hajar Aswad, Sunat atau Paksakan Diri?

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Bersama Ustaz Abdul Somad

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Adab Menziarahi Makam Rasulullah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

4 Muzium Terkenal yang Ada di Bumi Madinah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Lagi Sebulan Nak Tunaikan Umrah, 5 Persediaan Penting Kena Buat!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Tunai Umrah? 4 Jenis Tawaf Wajib Tahu!

Umrah
Card content

Hukum Buat Haji atau Umrah dengan Pinjaman. Anda Perlu Tahu!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

6 Adab Masuk Makkah Menurut Imam Al-Ghazali

Yantie Basharudin

Umrah
Card content

7 Tempat Menarik di Makkah, Mesti Ziarah!

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Umrah Kini: Cara Masuk ke Raudhah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Wajib Niat Ihram di Miqat yang Betul

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

7 Aplikasi Perlu Ada Ketika Menunaikan Umrah

Hanan Latip

Umrah
Card content

Checklist Barang Perlu Bawa Apabila Mengerjakan Umrah

Diyana Rose

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Soal Jawab Umrah

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Umrah Sambil Ziarah Jeddah Dengan Harga Paling Murah

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Mengangkat Peristiwa Wahyu di Jabal Nur

Hanan Latip

Umrah
Card content

[Tanya Ustaz] Kenapa Hati Manusia Lebih Terasa Dekat dengan Madinah berbanding Mekah?

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Makna Disebalik 7 Pusingan Tawaf

Hanan Latip

Umrah
Card content

Umrah Ekonomi Bersama Ikhlas: Murah Tetapi Berbaloi

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

'Scammer' Pun Ada di Makkah & Madinah? Jom Baca!

Hanan Latip

Umrah
Card content

Panduan Umrah buat Wanita Datang Haid

Ayu Nadirah

Umrah
Card content

Jelajahi Kota Madinah dengan Bas Dua Tingkat

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Jabal Rahmah, Bukan Sekadar Bukti Cinta Adam dan Hawa

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Tabligh Akbar Eksklusif Bersama Ustaz Das'ad Latif

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Syarat dan Cara Nikah di Tanah Suci

Hanan Latip

Umrah
Card content

Selami Pengajaran di Sebalik Perang Uhud

Nurul Atikah Sarji

Umrah
Card content

Pertama Kali Menunaikan Umrah? Apa Persiapan yang Perlu Anda Lakukan

Nurul Atikah Sarji

Packages

Super Economy
Card content

Umrah Super Economy

Super Economy

From MYR4,990
Premium
Card content

Umrah Premium

Premium

From MYR9,690
Umrah Plus Turkiye Tour
Card content

Umrah + Turkiye

Umrah Plus Turkiye

From MYR7,790
Standard
Card content

Umrah Standard

Standard

From MYR8,290
Economy
Card content

Umrah Economy

Economy

From MYR6,490
Private Tour
Card content

5D4N Jeddah Escapade

The Bride of the Red Sea

From MYR4,250
Syawal
Card content

Umrah Syawal

Syawal 1447H

From MYR4,990
Exclusive
Card content

Tabligh Akbar Ustaz Abdul Somad

Guided Umrah with Esteemed Ulama

From MYR6,590