Mengapa Subuh Ada Dua Azan di Makkah dan Madinah?
Nurul Atikah Sarji
2025-12-19
Bagi jemaah umrah atau haji yang pertama kali berada di Tanah Suci, pasti ada yang tertanya-tanya mengapa azan Subuh dilaungkan dua kali di Masjid Nabawi. Hakikatnya, amalan ini bukan sesuatu yang baharu, malah ia berpunca daripada sunnah Rasulullah SAW sendiri.
Dua Azan, Dua Tujuan Berbeza
Dalam Islam, azan bukan sekadar panggilan solat, tetapi juga berfungsi sebagai peringatan dan panduan waktu. Untuk solat Subuh, terdapat dua azan yang mempunyai maksud dan peranan yang berbeza.

Azan Pertama: Peringatan untuk Bangun dan Bersedia
Azan pertama sering dikenali sebagai Azan Tahajjud atau Azan Sahur. Ia dilaungkan lebih awal sebelum masuk waktu Subuh, kadangkala sehingga satu jam lebih awal.
Tujuan azan pertama ialah untuk membangunkan umat Islam yang ingin menunaikan solat malam (qiyamullail), memberi peringatan kepada orang yang berpuasa supaya bersahur serta menyediakan diri secara fizikal dan rohani sebelum masuk waktu Subuh.
Pada zaman Rasulullah SAW, azan ini dilaungkan oleh Bilal bin Rabah RA, sahabat Nabi yang terkenal dengan suara azannya yang merdu.

Azan Kedua: Tanda Masuk Waktu Subuh
Azan kedua pula merupakan azan Subuh yang sebenar serta tepat dilaungkan apabila masuk waktu Subuh.
Fungsi azan kedua ialah menandakan waktu solat Subuh telah bermula, memberitahu bahawa waktu sahur telah berakhir serta menjadi isyarat rasmi untuk menunaikan solat Subuh.
Azan ini pada zaman Rasulullah SAW dilaungkan oleh Ibnu Ummi Maktum RA, yang bertugas sebagai muazin kedua.
Amalan dua azan Subuh ini bersandarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa azan pertama tidak menandakan masuk waktu solat, manakala azan kedua ialah penentu sebenar waktu Subuh.
Atas dasar itu, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terus mengekalkan amalan ini sebagai usaha menghidupkan sunnah Nabi SAW sehingga ke hari ini.
Related Articles
Packages










.png)










.png)


















